Wednesday, August 11, 2010

♥ ♥ Ramadhan Yang Mulia (Keindahan Bulan Ramadhan) ♥ ♥












بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalammualaikum :)


Waaa...... Sedihnya....
Hari pertama puasa aku terpaksa 'cuti' plak....
Tak dapat rasa hari pertama puasa....
hmm...
Tapi apa boleh buat, dah lumrah wanita.. hehe....
nanti nak kena ganti lagi....
hmmm.. tak pela....
terima dengan hati yang terbuka :))

Ya Ramadhan, kenapa aku merasakan kehadiranmu begitu indah dalam hidupku????

Jujur aku cakap, aku rasa bahagia sangat2 dalam bulan Ramadhan yang mulia ni..
huhu... Aku tak pernah rasa seindah ni....

Perbanyakkan amalan sebab bulan Ramadhan ni senang nak dapat pahala! :)

Aku nak kongsi puisi dengan korang semua..
Puisi ni tersangatlah BEST! :))
Jom, teruskan mengintai...













Rindu Bertamu
Artikel dipetik daripada,



Ya ALLAH...
Rindunya aku padanya..
Antara dua belas yang kukenal..
Dia yang paling istimewa..
Sungguh istimewa..
Tidak kunafikan..
Namun, layakkah aku menyatakan rindu padanya?..
Adakah dia rindu untuk menemuiku?..
Rindukah dia kepadaku?..

Aku selalu mensia-siakan kehadirannya..
Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh..
Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata..
Terkadang hatiku tidak tulus..

Sedangkan dia Kau kurniakan..
Dia yang Engkau tentukan..
Yang mentarbiyah aku..
Mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH..
Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka..
Membersihkan hatiku dari noda yang silam..
Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu..
Berdosanya aku..



 ALLAH Ya Rahim...
Ampunilah aku..
Berikanlah aku peluang kali ini..
Untukku membetulkan apa yang aku silap..
Menampal mana yang terkoyak..
Aku rindukan dia Ya ALLAH..

Sebelum mataku rapat terpejam..
Izinkan aku bertemu dengannya....

Oleh,
Oleh: harum_mawar
Editor: Erma Farida
Aku rasa puisi ni ada kaitan dengan aku..huhu..
* * * * *
Artikel dipetik daripada,


Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia di sisi Allah S.W.T dan umat Islam umumnya. Ini kerana, nilai bulan itu sendiri yang mengandungi pelbagai peristiwa penting bagi umat Islam. 

Segala peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan telah membentuk umat Islam menjadi umat yang berperibadi mulia, patuh kepada hukum hakam, berakhlak, bernilai kemanusiaan serta menguji ketaatan hamba kepada Allah swt terutama dalam konteks ibadat. 

Peristiwa-peristiwa itu juga telah mencatatkan segala macam bentuk keindahan Islam yang tersendiri yang memberi kesan kepada kehidupan umat Islam. Antara peristiwa tersebut ialah:-






1) Bulan Ramadhan bulan turunnya Al Quran

Firman Allah swt dalam surah Al Baqarah ayat 185:
(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang
menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa
bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka,
kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada
hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu
beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga
supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.




2) Bulan terdapatnya malam Lailatul Qadar

Lailatul Qadar adalah satu malam yang sangat istimewa kerana kelebihan beribadat pada malam tersebut bersamaan dengan seribu bulan. Firman Allah dalam surah Al Qadr ayat 2:
"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan."
 Bersabda Rasulullah saw: “Sesiapa yang bangun di malam Lailatul Qadar denagn penuh keimanan dan ihtisab, diampunkan dosanya yang telah lalu” (Bukhari)

Sabda Rasulullah saw:
“Pilihlah (carilah) malam Lailatul Qadar di (pada hari) ganjil dari sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan” (Bukhari)


3) Bulan Ramadhan bulan menghayati Al Quran

Membaca dan menghayati Al Quran pada bulan Ramadhan merupakan satu ibadat yang amat digalakkan. Ini kerana pada bulan inilah Rasulullah saw akan bertadarus dengan Jibril as dengan membaca Al Quran.

4) Bulan yang dibebaskan gangguan syaitan


Sabda Rasulullah saw:-


“Jika datang bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu syurga, ditutup pintu pintu neraka dan dibelenggulah para syaitan” (Bukhari dan Muslim)




5) Bulan dibukanya pintu2 rahmat

Bulan Ramadhan juga merupakan bulan dibukanya pintu2 rahmat. Sabda Rasulullah saw:-

Apabila tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu2 rahmah” (Muslim)
Dengan terbukanya pintu2 rahmat ini, maka umat Islam disaran supaya mempertingkatkan ibadat masing2 sepanjang bulan Ramadhan. Antara rahmat Allah swt yang paling besar ialah dibukanya pintu2 langit dan ditutupnya pintu2 neraka sebagaimana sabda Rasulullah saw:-

“Apabila masuk bulan Ramadhan, dibuka pintu2 langit, ditutup pintu2 jahanam dan diirantai para syaitan” (Bukhari)


6) Bulan Ramadhan bulan pengampunan

Sabda Rasulullah saw:-



“Barangsiapa yang berpuasa dibulan Ramadhan dengan penuh iman dan ihtisab, maka akan diampunkan dosa dosanya yang telah lalu” (Bukhari dan Muslim)



 “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku” (Tarmizi dan Ibnu Majah)


7) Bulan Ramadhan bulan untuk berinfaq

“Dari ibnu Abbas ra berkata: Rasulullah saw adalah manusia yang paling pemurah maka dia akan lebih pemurah pada bulan Ramadhan dimana baginda ditemui oleh Jibril pada setiap malam Ramadhan mengajarkan Baginda Al-Quran” (Bukhari)

Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan pilihan Allah swt untuk membuka dan memberi peluang kepada hambanya bermuahasabah diri dan melakukan ibadat semaksimum mungkin. Jadi terpulanglah kepada kita utuk memanfaatkan peluang ini sepenuhnya. Janganlah kita tergolong dalam golongan orang2 yang rugi di dunia dan akhirat.



Bersama-samalah kita memanfaatkan bulan yang dengan penuh kesyukuran ini.. :))


Photobucket

No comments: