Wednesday, November 16, 2016

October - My Big Day & Lucky Month of the Year


Assalammualaikum & selamat sejahtera~
Ya Allah lama sangat ni tak up entri apa2. Kesian blog ni teruk sangat bersawangnya. Hehe. Last update tahun 2014. Ya Allah lama betol. Haha

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di bumi ALLAH ini, masih diberi peluang untuk bertaubat dari dosa2 dulu dan masih diberi peluang untuk menulis entri ni. Alhamdulillah Alhamdulillah ‘ala Kulli hal. Bersyukur dalam apa jua keadaan. Ok, nak guna Sis la untuk kata ganti nama diri sendiri. Boleh ke boleh? Boleh laaa.

Alhamdulillah. Tamat sudah perjalananku sebagai student Degree kat universiti ibu negara Malaysia tu. Dekat2 je dengan tempat lahirku, HKL. Sis sebenarnya tak berapa suka tengok hospital. Tak payah la tau kenapa. Haha. Start Januari 2013 – Januari 2016. Sebenarnya boleh je habis lebih awal, sebab credit transfer Sis banyak jugak. Tapi, tu la. Tak pandai manage subjek habis lambat la jawabnya. Sebenarnya mana2 course pun susah. Kalau takde usaha, doa dan tawakal, tak boleh survive jugak. 


FB post~ πŸŽ“πŸ’

Walaupun business ni banyak pasal baca je. Tapi ada je subjek2 lain yang boleh buat pecah kepala otak. Stress jadinya. Yang lagi susah dari Matematik pun ada. Haishh geram Sis bila teringat balik. Tapi Alhamdulillah la lulus jugak. Terharu ada jugak orang sanggup tolong ajarkan buat assignment ‘merapu’ tu. Memang berterima kasih sangat2. Dah la orang tu Sis tak kenal. Dalam kelas tak berkesempatan pun nak tau muka dia macam mana. Haha. 

Ok, panjang pulak membebel pasal benda yang dah lepas ni. Biasa la, Sis memang suka membebel. Sebab tu la wajib ada blog. Kalau ada sesiapa duduk sebelah Sis masa Sis drive, memang dorang akan dengar je la Sis membebel. Membebel je ye, bukan sampai mencarut. Dan Sis percaya sesiapa je yang duduk kat seat memandu mesti akan terbebel membebel tak sengaja. Maklumlah time drive ni kadang stress tau. Hari tu ada budak junior tumpang kereta, dia dengar je la Sis membebel. Lepas tu dia cakap, orang yang tengah drive ni memang suka membebel ke? Hahaha. Ok, sentap jugak tetiba. Tapi tu la lumrah pemandu apatah lagi yang drive kereta manual. Azab sangat kalau tengah jam. Huhuhu 😁


Lawa pulak brooch ni. Pakai sekali time konvo nanti. Ingat kena pulangkan. Rupanya bagi terus. Kenangan.


21 Oktober 2016 - Pi dengar briefing & rehearsal @PICC Putrajaya. Ibu teman. Hihi. Ingatkan wajib. Rupanya tak pun. Tapi takpe la at least Sis sedia jugak daripada datang hari konvo tak tau apa2. Preparation awal tu penting, takde la nanti terkontang kanting. Huehuehue. Eh berpantun pulak. 


Time dalam hall dengar briefing, tetiba ada email baru masuk. Berita baik! Haha. Nanti cerita. Ya Allah syukur sangat2. My patience has paid off finally! Alhamdulillah. 

Tarikh keramat 23 Oktober 2016 menjadi saksi aku menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengurusan dan keusahawanan. Nak jadi businesswoman sangattt.
😜 Hahaha


Memandangkan yang datang konvo Sis, ibu & ayah je, so selfie je la. Nak suruh orang tolong ambikkan, macam payah pulak kan. Dorang pun ada moment masing2. Hihihi. Adik2 Sis tak dapat datang, sibuk semuanya. Huhu. Tu nasib baik tak bertembung konvo dengan adik. Kalau tak, tak syok la. Hihi
πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„


Tengah beratur nak berarak ke dalam dewan. Gila ramai. Dah jadi lautan manusia dah. Silap besar bila sis ingat dewan besar tu takkan penuh. Haha
πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Suasana dalam hall. Bermulanya Majlis Berprestij (prestij sangat) Konvokesyen kali ke-13 UniKL. Alamak malu pulak muka terpampang kat skrin besar tu sambil melambai2 tangan. Nampak tak? :D



My kind of OOTD. Setompok bunga kat lengan. Haha πŸ˜πŸ˜‚



Lega lepas naik pentas. Alhamdulillah everything went well. Takde kelam kabut, reti control ayu atas pentas. Haha. Cuma bila nak senyum tu tetiba pipi tak nak bekerjasama.
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜Š
Time ni tengah nak ambik gambar potret individu & family. Pening time ni. Mungkin sebab orang ramai, lambat lunch. Huhu. Nak settlekan yang penting dulu. Bayar mahal pulak tu. 



Nasib baik ayah & ibu reti ambik gambar guna kamera pink Sis. Sebab takde orang lain boleh tolong ambikkan gambar. Haha


Kamera pink comey sis. Hehe



Ni gambar pasrah je muka macammana. Takde control ayu dah. Dah penat. Bangun seawal 4 pagi. Snap je banyak2 nanti menyesal takde kenangan. Haha


Bergambar kat luar baru ada feel sikit. Mungkin sebab ada tanaman kat luar ni. Redup je tengok. Tu yang rasa segar balik tu. Hihihi





Late lunch tomyam kat Precint 15 kot. Alhamdulillah. Makanan habis kat PICC tu. Huhu. Pening 3 beranak lambat makan. Huhu
πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…



Bunga konvo buat sendiri je. Recycle bunga konvo adik 2 tahun lepas. Hihi. 



Convo OOTD! Actually blouse tu nak warna soft turquoise, tapi tak jumpa. Ambik je la biru. Dah sama pulak dengan biru hood jubah tu. Haha



Rasa macam tak puas snap gambar, so ambik jugaklah gambar jubah ni. Complete set. Kenangan2. Huehuehue πŸ˜„πŸ˜


Berlengaih lama sangat pakai jubah ni. Dah la tebal. Aircond dalam PICC tu pun tak boleh tampung keramaian lautan manusia dalam tu. Ni ok lagi semua indoor, kalau outdoor tak tau la berpeluhnya macammana. Dah boleh buat kolam renang kot. Serius panas! Haha
πŸ˜…


Gaya photographer sangattt~


Haha. Ni pun takde kerja nak pi snap jugak.
😜
Saja gatai tangan tampal bunga + manik mutiara tu. Rasa nak gabungan pink + blue/turquoise, inspirasi dari gambar dress kat bawah ni. Sebab pening nak pikir nak pakai baju apa. Haha πŸ˜‚




Close up πŸ“·




My 'mama' is lovely!

Ibu pun nak konvo jugak. Haha. Terima kasih ibu ayah atas segala jasa & pengorbanan. Allah saja yang mampu membalasnya. 
Ya Rabb, berkatilah ibu bapa kami, yang telah melahirkan, menjaga, menyayangi, mendidik kami, memberikan pendidikan dunia akhirat. Alhamdulillah... 😊

--------

Settle cerita bab konvo. Maklumlah sis ni jenis yang suka menulis. Kadang lagi best luahkan isi hati dengan menulis berbanding dengan bercakap. Tak tau kenapa. Maybe that's my style. 

Malas nak up entri lain. Sekali kan je. Apa yang specialnya bulan ni bagi Sis? 

Pertama, sebab dah konvo.

Kedua, dapat tawaran kerja!!! Haha. Alhamdulillah. Kat mana? Biarlah rahsia. I'm a bit secretive about my working place. Orang terdekat je tau. Gila tak happy. Bayangkan zaman sekarang yang makin mencabar ni, siapa tak risau kalau dah apply banyak company, tapi 1 pun tak dapat. Susah nak dapat kerja. Mencarinya tak susah pun. Berlambak kat jobstreet, tapi nak yang berpengalaman, gaji murah. Masalahnya macam mana nak jadi pekerja berpengalaman kalau tak diberi peluang kerja? Boleh fikirkan. Huhu. Dengan ekonomi meleset lagi. Macam ni la hidup kat Malaysia. Dah la pemimpin songlap duit rakyat! Harga barang naik, tapi gaji tak naik pun. Macammana nak survive. Ok, Sis membebel lagi. Tapi betul apa. Tu la kenyataannya. Sis dapat kerja ni pun memang rasa syukur sangat2. I'll try my best. InsyaAllah. Doakan sis ye.
πŸ˜ŠπŸ˜‰

Sekarang ni kat department IT, tapi tak tau la lepas seminggu kena campak kat department mana pulak. Bukan background IT pun. Cuma hari tu HR ada interview sis, tapi sis kata sis nak belajar benda baru pasal IT. Haha. Tapi IT best kot. Belajar benda baru, how to format laptop. Ilmu ni tak sempat nak belajar zaman diploma dulu (study basic coding, animation & graphic je). Lepas ni boleh la format laptop sendiri. Hehe. Plus orang2 kat department ni semuanya sporting & happening. Level ni memang level happening katanya. Haha. Sebagai trainee so far memang tak busy sangat, yang busy staff2 ni je la. But this is an early perception. Tak tau lagi in future macam mana kan. 





My new trainee colleagues. 3 hari je duk department yang sama, lepas tu HR transfer dorang ke dept lain. Tinggal 2 kerat je kat dept IT ni. Serius walaupun baru kenal, tapi bila dorang dah takde, rasa macam lain sangat. Dah biasa ramai2, tiba2 dorang dah takde. Boleh faham tak perasaan dia macam mana? Pandai2 la bayangkan sendiri. Hahaha
πŸ˜‚

Start Jumaat, rasa macam takde semangat nak pi kerja. Tapi Sis tau kenapa sis rasa macam ni. Mungkin sebab sis ni jarang bergaul dengan orang, lepas tu masuk je kerja, jumpa pulak ramai kawan2 trainee yang friendly, so bila dah terpisah tu, memang terasa la. Batch kami ni special case, sepatutnya kena datang kelas training dulu baru masuk kerja, patutnya kat dept ni tak boleh ramai2, 2 3 orang je. Tapi dah HR campak 6 6 kat sini. Hahaha

Sahabat2 sis yang betul2 rapat dengan sis, 3 orang dah kahwin, sorang dok kat Kedah, sorang lagi kat Bangi je, sorang lagi ada je kat Ampang. Tu pun tak plan lagi nak jumpa bila. Tapi childhood friend sis tak kahwin lagi. Kenal sejak darjah 1 lagi. Tapi dia dah ada calon. Hahaha. Bila kita dah ada komitmen masing2, faham2 je la. Bila dah kahwin mesti la banyak tanggungjawab. 




Thursday. November 3rd, 2016 - Our last day together at the same dept. 


Dari kiri: πŸ’– Lily πŸ’– Mira πŸ’– Suri πŸ’– Puteri πŸ’– Farid πŸ’– Amalina πŸ’–

-------

Ketiga, promote barang preloved kat apps Carousel. Cari kat play store. Apps yang kita boleh jual barang baru atau terpakai. Happy ada jugak customer nak beli. Haha. Alhamdulillah. Tapiiiii salah isi borang pos laju. Haha. Pengajaran ni. Jangan buat kesilapan yang sama lepas ni. Lagipun sis first time ni pos barang customer.
πŸ˜‚πŸ˜

Ok, tu je la ceritanya. Walaupun bukan besar sangat bagi korang, tapi amat bermakna bagi sis ni. Haha. Kita semua unik. Ada jalan hidup masing2. 

Rezeki lepas konvo la ni. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah jadikan aku salah seorang yang terpilih untuk mengikuti program SL1M sebagai pelatih di company *****
πŸ˜œπŸ˜‰πŸ˜€

Semoga kita semua dalam jagaan Allah selalu & dimurahkan rezeki. Aamiiin aamiiin ya rabbal alamiiin... Jumpa lagi! ;)





Oh ya! Korean drama feveret sis dah disiarkan kat TV9!
Setiap Isnin - Jumaat (kot) 6.30 - 7.30.
Kill Me Heal Me - My all-time fav KDrama! :P
Haha. Drama psikologi terbaik pernah tengok setakat ni. Betul tak tipu!
Best characters, storyline, major plot twists! Thorbaik! Part sedih memang sedih la. Tapi part lawak dia tak tahan! Serius! Haha

Gedik kelam kabut nak balik kerja awal semata2 nak tengok drama ni padahal tahun lepas dah tengok siap download lagi. Ingat tak siarkan kat Malaysia, rupanya lambat laun disiarkan jugak. Sebab lama jugak dok tunggu je bila citer ni nak muncul kat tv. Hehe

Ok sampai sini je. Blog ni pun dah berjela ni. :P