Wednesday, March 7, 2012

eS yU aR aI IV ♥

بسم الله الرحمن الرحيم

(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)
(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :)

Fuh.. lama betul tak update blog. Busy kerja.. tapi sekarang, dah berhenti dah sebab pekerjaan tu
tak sesuai dengan jiwa saya. Rasanya saya lebih sesuai kerja ofis kut.. huhu..
Kerja ofis, pakai bebas + mesti formal =  ♥ (yang ni saya memang suka)
Kalau kerja cashier, pakai tshirt + seluar = eeeeee.. tak suka tak suka.. :P

ALHAMDULILLAH.. dapat jugak pengalaman bekerja walaupun tak lama: 1 bulan lebih je. huhu..
Bagus betul saya ni kan? Dapat bertahan setakat  sebulan lebih je. haha.. 
Tapi kenangan time kat tempat kerja memang best. Dapat pulak 'jiran' (orang kedai sebelah menyebelah) yang sporting dan perangai agak gila-gila sikit. Akak-akak senior pun sporting. Huhu
Lagipun, saya berhenti kerja sebab waktu solat tu tak menentu.. Tak berkat la sesuatu pekerjaan tu kalau tak tunaikan yang wajib kan?  Hmmm..

Tak tau la kenapa, tapi apa yang pasti, saya tengah demam Korea sekarang ni.. ish.. Tengok je la gambar yang saya edit ni, siap guna bahasa Korea lagi. haha.. rasa macam nak belajar je bahasa ni.. huhu

이슬람은 삶의 방법입니다  
 Maksudnya, Islam is the way of life. Lebih Islamik. :) Saya tak pasti la betul ke translation yang telah dilakukan oleh encik google ni. Maklumlah saya just kopi (copy) n paste je. :P Kalau macam ni, kena belajar bagi betul-betul faham. Nanti kalau dah diterima ambik degree, saya nak belajar bahasa Korea la.. hehe.. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. :) 


Perasan tak perkataan dalam bahasa Korea yang dibulatkan kat gambar atas ni? Hihihi..
Nak tau kenapa saya gila Korea..???


sebab .............

sebab .......................

sebab .............  




hehe :D 
DVD Iljimae ni sendiri punya tau. Walaupun agak mahal, tapi puas hati sebab kita memang beli yang ORIGINAL punya. Tak mainlah cetak rompak. Saya tak nak sokong penjenayah!  Ni lah satu-satunya DVD drama Korea yang saya beli. :D 
Dalam banyak-banyak historical drama, saya lebih suka yang ni.

Start tengok drama Korea, Iljimae ni balik, tiba-tiba terus terlekat. Ish.. susah, susah.. Apalagi kalau pelakon yang memang kita minat berlakon dalam drama ni. superb.. huhu 
Tapi minat-minat pun, takde la sampai fanatik pun. Idola kita hanya Nabi MUHAMMAD SAW. Yang lain tak layak jadi idola apalagi kalau 'idola' tu takkan membawa cahaya kepada kita. :) 

Saya sedar tu. Sebab tu la saya tak berapa minat artis, kalau minat satu dua tu takpe la jugak. Mereka tu cuma manusia biasa macam kita, takde apa yang nak dibanggakan. 

Perkataan yang saya bulatkan kat gambar atas tu ialah tulisan nama Lee Jun Ki dalam bahasa Korea (Hangul). Lepas tu, saja mengada-ngada letak nama tu kat profile.. hihi :D 

Apa yang saya perhatikan, tulisan hangul ni cantik dan tak complicated sangat bagi sesiapa yang baru nak belajar menulis dalam bahasa lain. Tak macam tulisan bahasa cina dan jepun. Nampak complicated! Antara Cina, Korea dan Jepun, yang senang nak bezakan ialah tulisan bahasa Korea (hangul) 

Saya tak tau kenapa saya suka sangat tengok drama ni. Walaupun agak kejam, tapi saya suka.. hehe.. Lagipun, ada Lee Jun Ki berlakon, memanglah.. Lee Jun Ki ni pandai berlakon. Orang gelarkan dia, "lelaki yang cantik" sebab muka dia macam perempuan. Tapi dalam Iljimae ni, dah nampak la muka kelelakian dia tu. Maybe faktor umur. Masa dia awal 20-an memang muka macam perempuan la. Tapi sekarang, dia nak masuk 30-an da. Dah tuaaaa.. haha :) 

Some Info and Synopsis of ILJIMAE 
Romanization : Iljimae 
 Hangul : 일지매
How Iljimae got his name, "Iljimae"? 
At the scene of each robbery, he leaves a small painting of a branch of a red plum blossoms call mae hwa. 
His name, ILJIMAE reflects this act, 'IL' means "one", 'JI' means "branch" and 'MAE' means "plum tree". So, here comes ILJIMAE, one branch plum tree. :D 
That's how he got his name. 

Set during the Joseon Dynasty, Yong/Geom/Iljimae (Lee Jun Ki) acts as a useless gangster in the marketplace by day but at night he is a chivalrous robber who robs corrupt government officials to give to the poor. After each robbery he leaves behind a wooden branch from a plum tree at the site of the robbery to take responsibility for the robbery. Bong Soon (Lee Young Ah) is a hilarious girl with good martial art skills and lives as a swindler. She only loves Yong/Iljimae and sacrifices her whole life for him. Eun Chae (Han Hyo Joo) is good in nature and usually helps miserable people. She meets Iljimae once by chance, and their sweet love story begins. However, her love puts Iljimae in a dangerous situation because an Imperial Guard Shi Hoo (Park Shi Hoo) also loves her.

§  Title: 일지매 (一枝梅) / Iljimae
§  Genre: Historical Romance
§  Episodes: 20
§  Broadcast network: SBS
§  Broadcast period: 2008-May-21 to 2008-Jul-24
§  Air time: Wednesday & Thursday 21:55



Yeah.. sampai pasal Iljimae je, terus English.. haha.. Saya nak tulis banyak-banyak walaupun takde orang nak baca. Saya peduli apa? Saya memang suka menulis. Menulis hobi saya selepas melukis :) 


Ni Handphone baru saya. Huhu.. Samsung Corby 2. Biasa je.. Taknak beli yang mahal-mahal. Membazir. Yang murah pun takpe. Hp lama selalu buat hal. Saya tak sampai hati nak tukar. Tapi daripada membazir duit nak baiki hp yang memang dah perlu humban kat lombong, beli jelah yang baru. Harga hp lama tu pun 3 kali ganda harga hp baru. memang rugi. Tapi nak buat macam mana.. ? Takde rezeki.. Function lain still ok. tapi kalau nak buat panggilan susah. tak dengar apa yang orang cakap melalui telefon. Ish3..  
Saya lebih suka hp touch dari hp nokia yang macam blackberry tu. Uisshh tak lawa langsung...:P ALHAMDULILLAH. sejak pakai hp baru ni, semuanya ok. well-function! 
Samsung & Nokia memang jenama hp yang boleh dipercayai. But I prefer Samsung the most! :) 
Sony Ericcson punya hp hampeh. Takde kualiti. huhu


 Bila saya check balik blogpost saya yang dah lepas-lepas tu, rupanya ini blogpost pertama saya untuk tahun ni.. haha.. tak menyempat nak update. Yelah. Kalau dah kerja, mana ada masa nak update.. huhu  Hari ni hari Rabu, sepatutnya buat post wordless wednesday.. tapi saya tak boleh la buat post tanpa kata-kata.. haha :D

Sekian. Wassalam.. :) 


Photobucket