Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Baju Kurung, Manik, Labuci dan dot dot dot.. :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :')


Syukur alhamdulillah saya masih diizinkan oleh Allah untuk menulis entri kali ni. hehe

Dah lama tak update blog. Rasa malas nak update sebenarnya.. hihihi.. 
Tak lama lagi nak puasa, dan tak lama lagi nak raya..
tak lama lagi nak final exam, presentation for final project. :-|
dan tak lama lagi saya akan freeeeeee!! hehe..

Semoga iman kita bertambah time bulan puasa nanti... insyaALLAH..

"When Ramadhan is coming, Syaitans are leaving". - suka ayat ni. saya jumpa kat FB. :)

Tujuan saya buat entri ni sebab nak share design manik n labuci yang cantik. Saya cuma share je tapi takde ambil upah jahit manik pun.. Saya nak jahit manik kat baju saya sendiri je. Lagipun, saya belum expert lagi dalam bidang ni. Masih mencuba. Saje nak habiskan masa di waktu lapang. hehe..
Semua gambar ni pun bukan gambar saya.


All pictures credited to


Saya curi gambar tapi tak mintak izin.. :P beruntung saya jumpa blog dia.. at least saya ada inspirasi untuk menghias baju saya.. :)


 Design manik & labuci yang menambat hati. haha :D




Design belah kanan (atas) ni agak simple… tp cantik jugak.. :)

Yang belah kiri tu agak complicated. Kalau saya yang jahit, pasti memakan masa berbulan-bulan. haha.
Yelah, mana taknya.. tapi bagi orang yang memang minat benda alah ni, 'di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'. Ye tak? :D Susah macam mana pun, pasti dapat siapkan dan perlukan kesabaran yang tinggi!















Saya tak tau nak pilih design yang mana. Sebab, semuanya nampak cantik. Kang saya jahit semua jenis design kat baju kang. Haha.. apelah rupanya. Mesti buruk giler. :P




Kalau boleh, baju yang saya nak pakai, lebih baik saya sendiri yang jahit manik n labuci kat baju tu. Barulah puas hati sebab jahitan tu air tangan saya sendiri. :)
Jahitan manik dan labuci ni lebih kurang macam kraftangan. Seni yang boleh dilihat dan disentuh >>> Seni sentuh :)

Pernah saya terfikir nak bukak butik untuk jahit manik dan labuci ni. Tapi, ibu saya tak galakkan sangat saya ambil bidang ni sebagai kerjaya sebab ibu saya lebih suka saya bekerja office. Haha :P Tapi, kalau saya dah minat, ’hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Setiap pekerjaan yang kita nak lakukan mesti diselitkan USAHA dan tidak lupa jugak bertawakal kepada ALLAH sebab ALLAH dah tentukan nasib dan rezeki kita macam mana.





Lady Gaga(k) – Si Puppet Illuminati yang Disanjungi



Artis-artis Illuminati

Ok, sebelum saya menutup tirai blog saya (haha, kelakar plak ayat ni),
Saya nak kongsi artikel pasal FREEMASONRY, ILLUMINATI dan yang seangkatan dengannya.
Hal ni penting untuk diketahui oleh semua orang ISLAM, kerana mereka (orang yahudi) ada agenda tersendiri untuk memusnahkan umat ISLAM. Tapi, hanya dengan izin ALLAH SWT. ALLAH maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui! Allahu akbar.


JANGAN INGAT SAYA SUKA2 JE LETAK GAMBAR LADY GAGA(K) KAT SINI, SAYA CUMA NAK BAGI LINK JE. BAGI ANDA YANG BERAGAMA ISLAM, FIKIRKANLAH BALIK KENAPA KITA HARUS MINAT DAN MENJADIKAN LADY GAGA(K) SEBAGAI IDOLA KITA? SEPATUTNYA YANG MENJADI IDOLA KITA UMAT ISLAM HARI NI IALAH NABI MUHAMMAD SAW, NABI JUNJUNGAN DAN MULIA JUGA KEKASIH ALLAH SWT.

Melawan nafsu adalah sebesar-besar perang dalam diri manusia! Jadi, perangilah nasfu anda yang asyik ingin mendengar lagu-lagu tak senonoh Lady Gaga(k) tu. :P Jangan marah. Ni nasihat je.

p/s: Saya BENCI Lady Gaga(k) sebab dia adalah dajjal yang tersembunyi melalui lagu-lagunya. Disagree with me? You may leave now! :P

                                                                    
Sekian saja di sini. Assalammualaikum..:D




Photobucket

Saturday, June 11, 2011

Lagenda Yang Masih Hidup - Rasulullah SAW! :')

بسم الله الرحمن الرحيم



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :')

Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang untuk kita hidup sampai sekarang. :)
Hari ni, Suri nak share puisi kreatif ni. Mengalir air mata bila baca dan menghayatinya. :’(


Hari ni Suri rasa tak berapa sihat. Hmm.. Sakit kepala + Sakit mata. Tapi, takpe, kesakitan yang dirasai tu ialah penawar kepada dosa-dosa kita yang telah lalu. Jadi, Suri redha. Allah masih sayangkan Suri. :')




Klik link di atas untuk mengetahui asal puisi ni.

Sewaktu kecil,
Aku mendengar ibu bercerita,
Tentang seseorang yang hebat,
Seorang lagenda yang masih hidup setelah ribuan tahun,
Di dalam hati-hati yang mencintainya.


Engkau mengembala dan berniaga,
Dengan akhlakmu kau berjaya,
Kemudian aku dengar,
Kisahmu dengan ibunda Khadijah,
Cintamu kepada Aisya Humaira,
Engkaulah lagenda percintaan.


Bila remaja,
Aku baca kisahmu dan para sahabatmu,
Hikayat persahabatan dan perjuangan yang ulung,
Abu Bakar sentiasa disisi,
Umar yang membela,
Uthman pemilik dua cahaya,
Ali yang zuhud suami Fatimah permata hatimu,
Dari kisah mereka aku kenali dirimu,
Engkaulah lagenda persahabatan.


Kini,
Aku seorang dewasa,
Aku masih hidup untuk mendengar sejarah hidupmu,
Namun betapa aku rasakan dunia kini,
Cukup utopia,
Aku tidak mampu melihat sirahmu berulang pada zaman ini,
Aku tidak merasakan manisnya persaudaraan,
Akhlakmu Janggal pada zaman ini.


Ya Rasulullah,
Aku impikan kehidupan 1400 tahun dahulu,
Aku bisa mendengar ucapanmu dengan telinga ini,
Memperkuatkan iman dan kecintaan,
Aku bisa melihat ajaranmu dengan mata ini,
Seperti yang dilihat para sahabat,
Sehingga mampu menginfak seluruh kehidupan demi Islam.


Aku umat akhir zaman Ya Rasulullah!
Akulah buih-buih itu,
Aku merinduimu, Ya Rasulullah,
Rindu melihat apa yang aku dengar,
Apa yang aku baca,
Kisah lagenda yang akan terus hidup,
Dalam hati-hati umatmu yang bertaqwa.


Ya Allah,
Selawat dan salamku buat kecintaan dan kerinduan agung,
Rasulullah S.A.W kekasih-Mu,
Aku hidup pada zaman ini,
Hanya mampu berusaha dan berdoa,
Agar nama aku layak dipanggil,
Oleh Rasulullah dengan bibirnya yang mulia,
Untuk bersamanya dan para sahabat serta para solihin,
Di syurga yang abadi.






Hayatilah puisi ni wahai sahabat2 sekalian. Rinduilah Nabi Muhammad SAW sebagaimana Nabi SAW itu sendiri merindui kita. SubhanALLAH Ya ALLAH.
p/s: rangkap terakhir yang saya besarkan sikit font dia tu ialah rangkap yang paling saya suka! Memang terharu dibuatnya... :')


Photobucket

Saturday, May 28, 2011

Saya dan Teman Sejiwa.... ♥


بسم الله الرحمن الرحيم



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :)


Sebelum itu, nak tunjukkan wallpaper yang cantik ni… ^^

Ehem ehem… Teman sejiwa? Siapa tu? Hehe.




Ok, nak cerita ni, pasal SAYA DAN TEMAN SEJIWA?

Siapakah teman sejiwa saya? Tak lain tak bukan, ialah ADIK saya. Nama dia Suhermi Sofia.

Dia sekarang kat UiTM Penang. Jauh tu. Masa dia mula2 nak berangkat ke Penang, rasa sedih plak. :’(

Rasa macam tak boleh nak lepaskan dia pergi. Hmm, tapi sekarang dah ok da. Lagipun adik pergi sana sebab nak belajar. Bukannya buat benda lain.

Tapi, seriously, rasa kekurangan. Dah biasa sangat dengan dia. 
Suri memang rapat dengan adik. Tu sebab la kalau adik dah nak berjauhan dengan keluarga tu, rasa sedih yang teramat plak. 
Ibu pun siap menangis lagi sebab adik dah nak pergi dah...
Huhu..

Semoga perjuangannya dirahmati Allah. Fisabilillah!

Sebab kenapa Suri panggil adik Suri tu sebagai teman sejiwa;

1.  Pendapat dan ideologi Suri dengan dia selalu sama.
2. Kami selalu kongsi masalah bersama.

3.  Dia suka ceritakan pengalaman dia kat Suri dan Suri pun selalu buat perkara yang sama (especially time dia kerja kat Tesco, katanya, banyak pengalaman yang dia dapat sepanjang bekerja kat sana. Alhamdulillah)

4. Dia jugak seorang yang mementingkan aurat. Alhamdulillah la. ^^

5. Kami suka warna yang sama, warna PINK! :)

6. Kami memartabatkan baju kurung: perempuan melayu terakhir la katakan. Huhu.. :P

 Boleh dikatakan kami ni memang satu kepala! ;)

Gambar hiasan semata-mata. ^^



Bukannya dengan adik-adik lain Suri tak rapat, rapat jugak, Cuma kat adik Suri yang seorang ni je lah boleh diberitahu tentang apa-apa masalah. Huhu

Bila dia dah takde, terasa macam separuh jiwa dah pergi plak. 


Yelah, kasih antara saudara, mana boleh dipisahkan. Air dicincang takkan putus! 

Suri ada mohon nak masuk UiTM. InsyaAllah, mudah-mudahan dapat. Lambat sangat la keputusan tu nak keluar. Berdebar-debar ni.

Bersabar la wahai hati, lagi 2 bulan lebih je lagi, lepas tu kita bebaskan diri dan terbang ke tempat lain. Allah sentiasa bersama kita. (berharap sangat ni) :P

Dulu, masa mula-mula masuk belajar diploma kat Kolej YPC, terasa macam nak sambung degree terus kat sana. Tapi, tak jadi sebab, ada la sebabnya. Banyak masalah la.

Lagipun tak boleh nak berdikari. Lepas tu, asyik menghadap environment yang sama je. Boring sungguh! Kalau dapat lain-lain tempat kan bagus, boleh bertukar angin. Boleh la dapat cabaran baru dalam hidup ni! Perlukan pengalaman menjadi perantau. (ingat senang ke nak jadi perantau ni, kalau tak kuat iman, musnah hidup)

Sepertimana yang adik Suri (Sofia) cakap, “Kolej YPC tu boring la. Hari-hari asyik menghadap tempat yang sama setiap kali datang kelas”. Adik suri tu pernah ambil kursus jangka pendek atau Diploma Prep. Kat kolej tu. Tu yang dia kata boring tu. :P

Lepas tu, bila fikir2 balik, ada betulnya cakap adik tu. :P

Bukan nak menghina, Cuma berkata-kata. Sorry kepada yang tak bersetuju.


Lagipun, kalau dah habis belajar kat kolej tu, insyaAllah dengan serta merta Suri akan melupakan SESEORANG. Boleh je sebenarnya, Cuma ambik masa sikit. Hehe. Lagipun , tiada cinta sejati selain cinta kepada Allah! :P

“Jangan cari cinta manusia, ia penuh penipuan, kekecewaan, dan tak kekal.
Sebaliknya, carilah Cinta ALLAH, tiada penipuan, tidak akan pernah mengecewakan, itulah CINTA YANG ABADI, CINTA HAKIKI, CINTA SEJATI, CINTA YANG SUCI LAGI MURNI.”

Orang yang mencari jodoh adalah orang yang betul2 nak bernikah dan berkahwin. Bukannya untuk main2. Bukan untuk melampiaskan nafsu serakah!

Seorang lelaki dikatakan menghormati seorang perempuan kalau lelaki tu tak pernah sentuh perempuan tu dan menjaga kehormatan serta menundukkan pandangannya. Harap2 Suri akan berjumpa dengan lelaki yang macam tu. Tu namanya HORMAT! :)

Kesimpulannya di sini, Suri belum lagi nak kahwin, jadi, pasal jodoh dan cinta ni tak payah la terdesak! Belum tiba masanya lagi.

HANYA SELEPAS NIKAH!


Bercinta selepas kahwin adalah cinta yang diredhai ALLAH, manakala cinta sebelum kahwin tu, banyak mengundang murka ALLAH. syaitan ada di mana-mana untuk menyesatkan manusia dan memandang indah setiap perkara yang haram!

Ingatlah kalau lelaki dan perempuan berdua-duan, syaitan lah yang ketiganya. NAUZUBILLAH!



p/s: kalau ada jodoh takkan ke mana la. Jangan terdesak sangat. Suri ada impian, dia pun ada impian. So, apa kata berusaha untuk capai impian tu dulu. Jodoh akan datang tak kenal tempat dan masa. So, tak payah risau.  Suri nak mencintai seseorang kerana Allah. bukan kerana nafsu serakah semata-mata (NAUZUBILLAH)


 Sekian. Wasalam. ^^


Photobucket

Wednesday, May 11, 2011

Sombongkah Aku? (karya dari iluvislam.com)

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :)

Syukur alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang untuk bernafas hingga ke hari ini.. :')
Hari ni nak share salah satu karya kreatif dari iluvislam.com, 


Sila klik link di atas kalau nak tau originality artikel ni. :)

 Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu? 
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?
Ya, aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!
Bukan pada semua.
Tapi hanya padamu lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?
Kau bukan suamiku, perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada, tanyalah imanmu sendiri wahai teman.
Maaf, aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan.
Aku tidak peduli.
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku
Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.

Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak
Hanya untuk SUAMIKU, cinta halal bagiku.

Info artikel - JUM, 11 FEB 2011 10:03 | ANAKKECILMAABAH | EDITOR: EVERJIHAD


Ya Allahu Ya Rabbul Izzati….





Photobucket