Saturday, May 28, 2011

Saya dan Teman Sejiwa.... ♥


بسم الله الرحمن الرحيم



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :)


Sebelum itu, nak tunjukkan wallpaper yang cantik ni… ^^

Ehem ehem… Teman sejiwa? Siapa tu? Hehe.




Ok, nak cerita ni, pasal SAYA DAN TEMAN SEJIWA?

Siapakah teman sejiwa saya? Tak lain tak bukan, ialah ADIK saya. Nama dia Suhermi Sofia.

Dia sekarang kat UiTM Penang. Jauh tu. Masa dia mula2 nak berangkat ke Penang, rasa sedih plak. :’(

Rasa macam tak boleh nak lepaskan dia pergi. Hmm, tapi sekarang dah ok da. Lagipun adik pergi sana sebab nak belajar. Bukannya buat benda lain.

Tapi, seriously, rasa kekurangan. Dah biasa sangat dengan dia. 
Suri memang rapat dengan adik. Tu sebab la kalau adik dah nak berjauhan dengan keluarga tu, rasa sedih yang teramat plak. 
Ibu pun siap menangis lagi sebab adik dah nak pergi dah...
Huhu..

Semoga perjuangannya dirahmati Allah. Fisabilillah!

Sebab kenapa Suri panggil adik Suri tu sebagai teman sejiwa;

1.  Pendapat dan ideologi Suri dengan dia selalu sama.
2. Kami selalu kongsi masalah bersama.

3.  Dia suka ceritakan pengalaman dia kat Suri dan Suri pun selalu buat perkara yang sama (especially time dia kerja kat Tesco, katanya, banyak pengalaman yang dia dapat sepanjang bekerja kat sana. Alhamdulillah)

4. Dia jugak seorang yang mementingkan aurat. Alhamdulillah la. ^^

5. Kami suka warna yang sama, warna PINK! :)

6. Kami memartabatkan baju kurung: perempuan melayu terakhir la katakan. Huhu.. :P

 Boleh dikatakan kami ni memang satu kepala! ;)

Gambar hiasan semata-mata. ^^



Bukannya dengan adik-adik lain Suri tak rapat, rapat jugak, Cuma kat adik Suri yang seorang ni je lah boleh diberitahu tentang apa-apa masalah. Huhu

Bila dia dah takde, terasa macam separuh jiwa dah pergi plak. 


Yelah, kasih antara saudara, mana boleh dipisahkan. Air dicincang takkan putus! 

Suri ada mohon nak masuk UiTM. InsyaAllah, mudah-mudahan dapat. Lambat sangat la keputusan tu nak keluar. Berdebar-debar ni.

Bersabar la wahai hati, lagi 2 bulan lebih je lagi, lepas tu kita bebaskan diri dan terbang ke tempat lain. Allah sentiasa bersama kita. (berharap sangat ni) :P

Dulu, masa mula-mula masuk belajar diploma kat Kolej YPC, terasa macam nak sambung degree terus kat sana. Tapi, tak jadi sebab, ada la sebabnya. Banyak masalah la.

Lagipun tak boleh nak berdikari. Lepas tu, asyik menghadap environment yang sama je. Boring sungguh! Kalau dapat lain-lain tempat kan bagus, boleh bertukar angin. Boleh la dapat cabaran baru dalam hidup ni! Perlukan pengalaman menjadi perantau. (ingat senang ke nak jadi perantau ni, kalau tak kuat iman, musnah hidup)

Sepertimana yang adik Suri (Sofia) cakap, “Kolej YPC tu boring la. Hari-hari asyik menghadap tempat yang sama setiap kali datang kelas”. Adik suri tu pernah ambil kursus jangka pendek atau Diploma Prep. Kat kolej tu. Tu yang dia kata boring tu. :P

Lepas tu, bila fikir2 balik, ada betulnya cakap adik tu. :P

Bukan nak menghina, Cuma berkata-kata. Sorry kepada yang tak bersetuju.


Lagipun, kalau dah habis belajar kat kolej tu, insyaAllah dengan serta merta Suri akan melupakan SESEORANG. Boleh je sebenarnya, Cuma ambik masa sikit. Hehe. Lagipun , tiada cinta sejati selain cinta kepada Allah! :P

“Jangan cari cinta manusia, ia penuh penipuan, kekecewaan, dan tak kekal.
Sebaliknya, carilah Cinta ALLAH, tiada penipuan, tidak akan pernah mengecewakan, itulah CINTA YANG ABADI, CINTA HAKIKI, CINTA SEJATI, CINTA YANG SUCI LAGI MURNI.”

Orang yang mencari jodoh adalah orang yang betul2 nak bernikah dan berkahwin. Bukannya untuk main2. Bukan untuk melampiaskan nafsu serakah!

Seorang lelaki dikatakan menghormati seorang perempuan kalau lelaki tu tak pernah sentuh perempuan tu dan menjaga kehormatan serta menundukkan pandangannya. Harap2 Suri akan berjumpa dengan lelaki yang macam tu. Tu namanya HORMAT! :)

Kesimpulannya di sini, Suri belum lagi nak kahwin, jadi, pasal jodoh dan cinta ni tak payah la terdesak! Belum tiba masanya lagi.

HANYA SELEPAS NIKAH!


Bercinta selepas kahwin adalah cinta yang diredhai ALLAH, manakala cinta sebelum kahwin tu, banyak mengundang murka ALLAH. syaitan ada di mana-mana untuk menyesatkan manusia dan memandang indah setiap perkara yang haram!

Ingatlah kalau lelaki dan perempuan berdua-duan, syaitan lah yang ketiganya. NAUZUBILLAH!



p/s: kalau ada jodoh takkan ke mana la. Jangan terdesak sangat. Suri ada impian, dia pun ada impian. So, apa kata berusaha untuk capai impian tu dulu. Jodoh akan datang tak kenal tempat dan masa. So, tak payah risau.  Suri nak mencintai seseorang kerana Allah. bukan kerana nafsu serakah semata-mata (NAUZUBILLAH)


 Sekian. Wasalam. ^^


Photobucket

2 comments:

chenurulhusna said...

hai suri.slm..slmt kenal n follow...curi ayat kamu yg laz tu...:P

slm ukhuwah dr egypt:)

Sury Aurora said...

wsalam...
salam ukhwah juga...
ayat yg last? yg mana?
:)