Monday, December 27, 2010

eS yU aR aI

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)

Assalammualaikum :D

 Rantai kesayangan aku ni. Love PINK! hehe 
(tak tau la bila nak pakai rantai ni. dari hari ke hari asyik duk tenung je rantai yang berjuntai-juntai berkilau-kilau ni. huhu)

Shawl design terkini kesayangan aku ni. Batu permata intan berlian kat shawl nih buat mata aku blink2. (berlian la sangat) Kalau waktu malam, berlian ni lebih bersinar daripada bulan.. hahaha ;D
Seiring berlalu, fesyen tudung pun berubah. Tapi satu je yang aku tak selesa dengan shawl nih, batu dia tu kadang2 boleh melibas muka orang yang tak bersalah..kena hati2 lah jawabnyer... hahaha :D

Ish3! MasyaAllah. Lawanyeeerrr... hahaha :D
Next time, aku nak beli banyak2 la shawl macam nih! Lawa kot! Blink PINK PINK mata aku tengok shawl yang berlambak2 dijual kat kedai2 dekat2 dengan Masjid India tuh. hihihi :D

Rainbow Pen. Selalunya yang ada pen macam ni budak2 je. Kanak2 ribena betollah aku ni.. muahaha. (gelak tak sopan) Pen ni aku gunakan untuk melukis atau melakar atau menconteng atau apa2 je lah. Aku kan minat melukis. Tapi sekarang dah tak aktif. huhu.

Salah satu lukisan aku. hehe. lawa tak perempuan yang tutup muka tu? Aku la tuh. (hoho. perasan sungguh) Ni semuanya 100% idea dan ciptaan aku sendiri. I love DRAWING! ;))

Aku cabar korang boleh tak baca apa yang aku tulis kat gambar atas ni. Boleh tak baca? mata korang ok tak? Kalau tak ok, cepat2 pergi jumpa doktor mata tau. (gurau je, jangan mareh) hehe
Actually takde secret apa2 pon. Tu cuma kata2 hikmah. Haha :)) 

Time nih aku tengah selongkar beg. Lepas tu terdetik kat hati nak tangkap gambar. hehe. 
 Semuanya PINK. ;D Location: Times Square.

Cuti sem 2 minggu ni jangan dibazirkan macam tu je. Nasib baik aku banyak luangkan masa dengan keluarga. I love my family so much! 
Family first. Utamakan Keluarga, Semakin Hari Semakin Sayang! :)

Berblogging ni pun aktiviti masa lapang yang berfaedah jugak. 
banyak yang aku suka share kat dalam blog lebih daripada share kat FB. huhu.
Mungkin sebab blog ni personal space yang tak berapa nak personal.haha. Jadi, luahkan je la apa yang terbuku kat dalam hati ni. Menulis ialah salah satu hobi aku.  :)

Wassalam.. :)


Photobucket

Saturday, November 27, 2010

Cinta dalam jiwa hanyalah PadaMu..... :')

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)

Assalammualaikum :)

Hmmm... entri kali ni, aku nak berkongsi lagu yang sememangnya menyentuh hati...
buat orang yang mendengarnya terharu sangat2.... huhu...
Aku suka sangat2 lagu ni... :'))

Ok, teruskan.. hehe :)


Rapuh - Opick

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu.....

Sumber lirik,


Cahaya Hati - Opick

Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah Engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Reff:
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Back to Reff:

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Back to Reff:

Ya Allah Ya Rahman
Ya Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Ya Allah

Sumber lirik daripada, 

Saban hari kita asyik dengar lagu percintaan antara manusia je,
jadi, apa salahnya kali ni kita dengar pulak lagu yang berunsur ketuhanan?

Hope you guys enjoy... :))

Wasalam......

Photobucket

Wednesday, September 1, 2010

Jangan berlawan! Mari kita berkawan... :))


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
(In the name of Allah Most Gracious and Most Merciful)

Assalammualaikum :-/







Nampaknya isu orang Indonesia dan Malaysia bertelagah
belum selesai lagi.... 
dan sekarang, makin menjadi-jadi..... huh!!



Sedih.. Mereka saling mengutuk sesama sendiri...
Padahal kita tahu yang kedua-dua negara ni adalah serumpun!



Malaysia dan Indonesia
merupakan negara yang saling bergantung antara satu sama lain....



Tapi kenapa selalu timbul isu yang tak sedap didengar di antara kedua-dua negara ni..



Sedih aku baca komen2 atau tulisan di blog diorang yang bergaduh sesama sendiri...



Kat sini, aku tak sokong sesiapa...
Aku pon tak nak salahkan sesiapa sebab aku tak nak masuk campur hal-hal
yang semacam tak masuk akal tu... 
(Walaupon ada yang menyakitkan hati)



Buat apa kita buang masa dok balas hinaan orang? Buat bodoh sudah...tak ada faedahnya pon....



Aku tak suka Indonesia kutuk Malaysia, dan
aku jugak tak suka Malaysia kutuk Indonesia!



Jadi, kalau ada isu hangat yang membabitkan kedua-dua negara ni,
terpaksa lah kuatkan hati, teguhkan iman...
eh, betul ke aku tulis ni?
bukan-bukan...
pekakkan telinga, sejukkan hati....
hehehehe :))
buat apa layan benda yang tak berfaedah macam tu....
buang masa je.....



Malaysia adalah tempat di mana aku dilahirkan.....
Indonesia plak tempat di mana keturunan aku bermula......



So, kedua-dua negara ni amat bermakna buat aku....
Tak boleh dinafikan lagi...



Aku pon geram orang Indonesia kutuk Malaysia disebabkan hal yang kecil..
Tapi, aku kena ingat, keturunan aku pon dari sana..
Jadi, tak guna nak kutuk mengutuk ni...
Orang bodoh je yang akan lakukan macam tu...
percaya la cakap aku.....

Kalau boleh, kita cuba la jernihkan balik hubungan persaudaraan kita ni..
Jangan EGO sangat! 
Kalau diorang sungguh2 nak mengutuk, tak jadi masalah yang besar untuk kita berdiam diri....


Tak kisah la aku dari mana,
tapi bab kutuk mengutuk ni memang satu kerugian.....
Banyak lagi benda lain yang nak difikirkan....
Tak ada beban, batu digalas....
Buat apa susahkan kepala otak.. Jangan layan je..
Enough! End of story!


Korang jangan plak fikir blog yang aku tulis ni, sesuatu yang boleh dianggap sebagai pemberontakan.... Takut aku! Cuma aku nak ingatkan, 
orang bukan Islam especially Yahudi, akan berasa sungguh gembira 
kalau tengok orang Islam berhentam sesama sendiri....
Sebab tu la yang diorang nak selama ni....


Renungkanlah semua ni....
Semoga kita dirahmati Allah...


(Sorry kalau terkasar bahasa. Bukan nak mengata, tapi berkata-kata...
Sekadar nasihat dan renungan untuk ummah akhir zaman)

Oh ya.. walaupun dah lambat, tapi tak pe kan aku wish sekarang,
Selamat Hari Kemerdekaan ke-53 tahun Malaysia.....

Sekian. Wasalam :))







MALAYSIA & INDONESIA

Photobucket

Monday, August 16, 2010

♥ ♥ Bagai Isi Dengan Kuku ♥ ♥

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
(In the name of Allah Most Gracious and Most Merciful)

Assalammualaikum :-/

Terasa kehilangan plak bila mak su aku, nama dia Yesi Fazira, dah balik ke Selayang..
Kami bagai isi dengan kuku.. Rapat! 
Dia teman di kala suka dan duka.



Tapi walau apapun, aku tetap tak lupakan gelak tawa adik-adik aku... :'))


Masa berlalu selaras dengan kecanggihan teknologi masa kini...
Kalau dulu, belum ada teknologi, jadi masa dirasakan berjalan perlahan,
bila dunia sudah berada di zaman era globalisasi seperti sekarang, 
masa dirasakan berjalan begitu pantas...
Bagi mereka yang mensia-siakan masa akan berasa rugi di kemudian hari.....
__________________________________________________________

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh."
__________________________________________________________

Dah 2 minggu cuti semester,
dan sekarang aku dengan kawan2 aku yang lain dah mula menjalani semester baru. (Sem 5)
Rasa macam sekejap sangat.
Aku rasa macam nak balik ke zaman dulu....
Zaman di mana aku berasa gembira bersama orang2 yang tersayang....

Hari ni, hari pertama bagi semester ni.
Aku tak bersemangat sangat. Kenapa eh?
Rasa macam tak senang hati, gelisah, resah dan apa2 la yang seangkatan dengannya.
Rasa gundah menyelubungi jiwa.

Ya Allah Ya Tuhanku, kenapa aku rasa tak tenteram sangat??
Kenapa?? 
Kalaulah aku ni burung, dah lama aku terbang bebas.
Kebebasan! Ya! Kebebasanlah yang menjadi impian setiap manusia di kala berada
di ambang kesusahan...

Kehidupan kita umpama roda,
tak selamanya kita akan berada di atas,
kejap berada di bawah,
kejap di atas, tak tentu....

Manusia mana yang takkan menghadapi masalah?? Semuanya pasti akan
berdepan dengannya.
Tapi, jangan sesekali kita berasa gentar berhadapan dengannya.

Itulah lumrah hidup dan dunia.... Aku sedar tu...

Boleh jadi aku rasa sangat gembira waktu dulu,
mungkin jugak waktu ni aku tak boleh nak gembira macam dulu...

Aku tak pasti sangat perkara apa yang merunsingkan aku macam ni.. Boleh jadi, Allah sengaja
nak uji aku sebagai hamba-Nya yang lemah dan hina ni.

Lagipun, sekarang semua umat Islam sedang menjalani ibadah puasa,
banyak dugaan akan melanda....
cuma kita tak tau je bila..
Allah nak uji kesabaran para hamba-Nya.
Bulan Ramadhan ni boleh dianggap sebagai Bulan Ujian: Bulan di mana
kesabaran dan keikhlasan amat dititikberatkan.

Mungkin juga aku terleka dengan ketenangan yang Allah berikan sebelum ni,
sampai aku lalai sebagai seorang muslimah yang sejati....

Kalau aku diberi peluang, aku nak pergi ke tempat2 yang berikut,


Mekah adalah destinasi utama....





Selain tempat2 di atas,
aku berharap aku boleh pergi ke tempat macam ni:










Tempat di mana kita akan memuji kebesaran Allah yang Maha Agung...
Segala ciptaan-Nya yang terbentang luas.
Tak terbatas! SubhanALLAH! :)

Photobucket

Saturday, August 14, 2010

♥ ♥ Keindahan Malam Lailatul Qadar ♥ ♥

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
(In the name of Allah Most Gracious and Most Merciful)

Assalammualaikum :)

Ciri-ciri Datangnya Malam Lailatul Qadar






عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Dari Abu Hurairah R.A:
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mendirikan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala diampunkan dosanya yang telah lalu."
 


Petanda datangnya Malam Lailatul Qadar






Sebagaimana yang kita ketahui, Allah menurunkan Al Quran dalam bulan Ramadan dan malam turunnya Al Quran itu adalah malam lailtaul qadar, malam yang penuh keberkatan sebagaimana disampaikan oleh Allah dalam firmannya:





"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.
Dan tahukah kamu apakah dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
Surah Al-Qadr, ayat 1 hingga 5.


Diriwayatkan oleh HR Bukhari dari Aisyah,  Rasulullah bersabda:
“Carilah dengan hati-hati sekali malam Al Qadar itu di malam-malam yang ganjil dari puluhan yang  akhir dari Ramadan.”

Banyak pertanyaan apakah ciri-ciri datangnya malam Lailatul Qadar itu? Tentang ciri-ciri malam Lailatul Qadar banyak ulama yang bebeza pendapat, tetapi berikut ini adalah ciri-ciri datangnya malam Lailatul Qadar yang sering diceramahkan ataupun dituliskan oleh para ulama:
Pertama, orang (beriman) yang mendapatkan Lailatul Qadar  pada malam itu akan melihat seluruh benda dan makhluk di muka bumi ini bersujud kepada Allah.
Kedua, orang (beriman) yang mendapatkan malam Lailatul Qadar akan melihat semuanya terang benderang walaupun suasananya di tengah malam.

Ketiga, orang (beriman) yang mendapatkan Lailatul Qadar  itu mendengar salam malaikat dan tutur katanya.
Keempat, orang (beriman) yang mendapatkan Lailatul Qadar itu dikabulkan segala doanya.
Dan kelima, orang (beriman) yang mendapatkan Lailatul Qadar  itu tidak disyaratkan melihat tanda apa-apa.
Kerana bulan Ramadan adalah bulan yang utama, bulan yang penuh berkat sebagaimana telah dijanjikan Allah, kiranya akan lebih baik kita memperbanyakkan ibadah terlebih lagi di sepuluh hari terakhir Ramadan dengan tidak usah mengingati ciri-ciri malam Lailatul Qadar.

Artikel dipetik daripada,


Doa Pada Malam Lailatul Qadar


Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku baca pada malam tersebut? Baginda s.a.w. bersabda:
“Bacalah doa: Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku).”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Permintaan yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari segala dosa dan penebusan diri dari perbuatan maksiat.
2- Galakkan supaya memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan sentiasa memohon keampunan tersebut lebih-lebih lagi pada masa yang dimakbulkan segala doa terutamanya pada malam lailatulqadar.
3- Di antara tanda-tanda malam lailatul qadar ialah terasa lapang dada, orang Islam terasa tenang jiwa bersama Allah SWT, cuaca dan suasana malam dalam keadaan sederhana serta matahari terbit pada waktu pagi dengan cuaca yang putih tanpa memancarkan sinaran.
Artikel dipetik daripada,