Saturday, October 22, 2011

Cara Nabi Muhammad SAW menjaga Kesihatan :)


بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)


(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :) 

Surfing punya surfing, saya telah terjumpa satu web site yang membentangkan tentang cara-cara Nabi Muhammad SAW menjaga kesihatan diri baginda. Sebenarnya dah lama dah saya nak baca pasal ni tapi bila menghadap laptop, asyik lupa je nak cari. hehehe

BTW, memang saya rasa teruja dan sangat-sangat kagum dengan cara Nabi menjaga kesihatannya sampai saya sendiri rasa menyesal sebab tak amalkan cara Nabi. Hmmmm..... takpe. Boleh start dari sekarang. Belum terlambat lagi. :)

Bagindalah kekasih Allah SWT. Baginda juga idola kita sehingga ke hari ini. Selawat dan Salam buat baginda Rasulullah. 

Cara Nabi Muhammad SAW Menjaga Kesihatan


BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah SAW yang perlu umat Islam contohi?

Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita. Bukan bermakna Nabi tidak pernah sakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.

Baginda sentiasa sihat walaupun menggalas tugas yang berat dan mencabar. Badan kita kadang-kadang sihat, tetapi hati kita berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang baginda amalkan adalah: 

1.    Bangun Sewaktu Subuh 

Rasulullah SAW mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat 

dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh baik untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. Aktif Menjaga Kebersihan 



Rasulullah SAW sentiasa bersih dan rapi. 

Setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, 
bersikat serta memakai minyak wangi.
"Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. 
Demikian pula menggosok gigi dan memakai haruman." (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Aisyah r.a, katanya: Rasulullah SAW bersabda,
"10 perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan yang dituntut agama, menggunting misai,
membiarkan janggut (tumbuh panjang dan kemaskannya), bersugi, membersihkan hidung dengan menyedut air, memotong kuku, membasuh kuku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari dan berinstinjak.


Kata Mas'ab (salah seorang perawi hadis ini), "dan aku lupa perkara ke-10, aku fikir perkara itu
tidak lain dari berkumur-kumur.

p/s: mungkin gambar air kat atas ni kurang sesuai untuk part kebersihan, tapi air juga melambangkan kebersihan, betul tak? Semua orang tak boleh hidup tanpa air. Anugerah Allah yang semestinya sangat penting dalam hidup manusia. :) 

3. Tidak Pernah Makan Berlebihan 


Sabda Rasulullah SAW, bermaksud, "Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan, kami tidak akan makan terlalu banyak (tidak makan sampai kenyang)." (Muttafaq Alaih) 

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air
dan sepertiga lagi untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan
berpuasa pada bulan Ramadhan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat. 


4. Gemar Berjalan Kaki 

Rasulullah SAW berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. 
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Hal ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki
kenderaan. Kalau mahu meletakkan kereta, mesti betul-betul di hadapan tempat yang kita
nak pergi.

Tapi, tak ada masalah, bukan semua orang larat nak berjalan jauh untuk pergi ke sesuatu tempat. Contohnya orang sakit ataupun orang cacat, macam mana nak jalan jauh-jauh? Tak pasal-pasal pengsan tengah jalan plak. Orang yang sihat walafiat boleh la berjalan kaki..Hehe (pendapat saya je)

5. Tidak Pemarah 

Nasihat Rasulullah SAW, 'jangan marah' diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan
dan kekuatan orang Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah dia duduk dan apabila sedang duduk hendaklah dia baring. Kemudian,
membaca Ta'awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segara mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan rasa gundah.

p/s: pernah sekali saya rasa nak marah je, lepas tu, saya ambil wuduk, Alhamdulillah, rasa marah saya beransur hilang dan saya rasa menyesal sebab saya marah sebelum tu. huhu

6. Optimis & Tidak Putus Asa 

Sikap optimis dan tidak putus asa memberikan kesan emosional yang mendalam bagi 
kelapangan jiwa selain perlu memperbanyakkan bersabar, istiqamah, bekerja keras serta 
bertawakal kepada Allah SWT.


Kalau kita dilanda musibah, jangan terlalu bersedih hati. Mintalah daripada Allah 
ketenangan kerana Dia lah sebaik-baik tempat untuk mengadu dan berharap. 
Jangan biarkan sikap PUTUS ASA menguasai minda kerana ia akan menjeremuskan diri kepada sikap negative yang lain.



Flashback: saya pernah rasa putus asa sampai saya hampir melakukan perkara yang 
tak sepatutnya. Astaghfirullah al-azim. 
Bila saya fikir-fikir balik, saya menyesal sebab terlalu ikutkan hati.
Now, I keep asking myself why I did that? Why I’ve been so emotional about that? 
I don’t have to think about it. It’s useless! :’(

Dan kerana Allah masih sayangkan saya, Dia bawa saya semula ke jalan yang diredhaiNya. 
SubhanAllah. 

Di kala hati sedang merintih dek dugaan yang mendatang, Dia hadir untuk memberikan sinaran harapan. Ujian dan cubaan adalah tanda ALLAH sayangkan kita.
Saya dah rasa hidup saya bermakna semula.. :)

“Jangan cari cinta manusia: ia penuh penipuan, kekecewaan dan tidak kekal.
Sebaliknya, carilah cinta Allah, tiada penipuan, tidak akan pernah mengecewakan. Itulah cinta yang ABADI, SEJATI, SUCI dan MURNI.”

Saya tak pernah bercinta, tapi... saya pernah merasakan cinta. (ada beza tau. Kalau anda berfikiran jauh, anda boleh bezakan)

7. Tidak Pernah Iri Hati 

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi sifat mazmumah, ‘iri hati’.
“Ya Allah, bersihkan hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

Rasulullah SAW bersabda, “tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara: seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (diredhai Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hokum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkannya pula kepada orang lain.”

8. Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan kesalahan orang lain dapat membebaskan diri daripada belenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu akan melekat dalam hati. Maka, jadilah seorang yang pemaaf kerana apa yang pasti jasad dan jiwa pasti akan sihat.


Saya rela maafkan sesiapa dan saya harap sesiapa yang pernah saya sakiti, memaafkan saya seadanya. Sesungguhnya saya hanyalah insan yang lemah dan tak lari daripada melakukan dosa.

memaafkan seseorang

Sebelum tidur, maafkanlah kesalahan orang lain supaya apabila kita bangun dari tidur esok paginya, hati kita tenteram dan segala masalah-masalah antara manusia selesai. Insya Allah. Tak rugi memaafkan orang, tapi rugi jika berdendam kerana berdendam boleh mematikan hati.



Kadang-kadang saya rasa benci sangat pada sesiapa yang pernah melakukan kejahatan pada saya. Tapi bila saya fikir balik dan saya bermuhasabah diri, takde gunanya nak benci kesilapan orang lain, saya sendiri pun masih lagi lemah dalam memperbaiki diri. Banyak juga melakukan kesilapan. Jadi, saya redha. :’)

Bahagia sebenarnya bukan menerima tapi lebih dengan memberi. Sebenarnya banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah SAW. Mudah-mudahan hati kita makin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Oh, sebelum terlupa. Artikel ni saya ambil dari,



Islamituindah.my



Saya tak copy paste bulat-bulat. Saya tulis dan olah balik tau. Haha. 
Dan saya ada masukkan ayat saya sendiri. Tak best la copy bulat-bulat... huhu..
Sekadar nak berkongsi.
Harta kalau dibelanjakan akan berkurang, tapi, ilmu kalau dikongsi akan berkembang. Semoga ilmu ni bermanfaat kepada semua. :)

Sekian. Wassalam.. :)




Photobucket

No comments: