Saturday, December 10, 2011

Mereka - Anugerah Allah pada Saya ♥ :)


بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)

(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :) 
“Mereka, Anugerah Allah SWT pada Saya?” Agak bombastic punya ayat (haha.. yelatu). Tapi, betul apa, keluarga kan anugerah. 


Be with my family is my precious and pleasure moment. They are precious gifts from Allah. And I thank Allah for everything I have. I can’t imagine my life without them. 

If Allah loves them more than me, I have no choice but to accept it with an open heart and remember that this world is temporary only. Our permanent world is at hereafter. ♥

17 - 21 Nov. 2011
Saya dan keluarga pergi bercuti. Fuh. Dah lama tak bercuti. Kami ni kira sambil menyelam minum air sebab nak hantar Sofia, adik saya balik UiTM Penang. Sebelum balik Penang, kami makan angin dulu kat Perak. hehe best! :)  

Apam berwarna warni. Apam edisi baru kot. Rasanya pun sedap. Time ni kami kat perhentian mana entah. Lupa.. hehe  :D

17 Nov. bertolak dari rumah. Sampai kat Perak dah malam. Gambar ni hari kedua kat Perak. Saya di depan pintu Bukit Merah Laketown Resort. Time ni macam tak ramai je. Yelah. Belum cuti sekolah lagi. Kolam mandi kat sini bukak start pukul 12 tengah hari. Mah aihh. Habis berbelang kulit. Dah la terlupa nak pakai sun block. haha. :D


Pukul 10 pg, kami sarapan pagi kat kafe Le Lac ni. Kami bermalam kat Hotel Bukit Merah Resort. 


Time breakfast ni nak rasa macam-macam makanan pulak. Ish3. :P 

 

Saya terlebih ambik sambal. Nasib baik saya boleh habiskan hehe :D


Gambar sebelah kiri ni ibu & Sofia. Yang sebelah ni pulak adik-adik saya yang comel loteh :P ♥ 
Tapi, adik saya yang handsome boy tu tak nak ikut sekali. Bagus jugak dia tak ikut sebab dah takde ruang untuk dia lagi dah. Kereta dah penuh dengan barang2 Sofia. Duduk atas bumbung boleh lah kot. haha :D

Sebelum nak terjun ke kolam, berangan kejap  :D

Adik saya pun nak. 


Posing dulu sebelum terjun kolam :D 


Mula-mula nak naik chair lift dulu, tapi dah tukar rancangan pulak. Rugi tak naik dulu sebab kami tak tau ada kolam mandi yang lagi best. Rugi betullah tak explore dulu. huhu 

Welcome to Chair Lift Ride! Cuak jugak time naik ni. :) Kami naik ni pada esok harinya, hari ketiga..

  Pemandangan dari atas (chair lift). Kena hati-hati naik benda ni, takut terjatuh kasut ke selipar ke. Tapi yang paling penting hati-hati dengan barang berharga, contohnya handphone.. kalau jatuh, ingat senang nak dapat balik? apalagi kalau jatuh dalam air.. huhu... 


Perkampungan Air. nampak macam kampung, tapi ni sebenarnya chalet. :) 

Saya :) 

Sebelum nak berangkat ke Penang, kami singgah kedai cenderahati kejap :) 

Banyak sangat gambar pun tak boleh jugak. nanti lambat loading. Kami hantar adik saya balik UiTM Penang, lepas tu buat urusan pendaftaran kolej adik. Kami jalan-jalan kat Jaya Jusco (JJ), Penang sekejap. Oleh sebab dah malam, kami tak balik pada hari tu jugak. Tunggu esok baru balik (Isnin). Tak plan pun nak balik hari Isnin, tapi kalau nak balik KL kan jauh. bahaya kalau ayah memandu dalam kepenatan.

Kami bermalam kat Hotel UiTM. Ada class lah hotel dia. Suka! 
Dalam perjalanan balik, kami singgah Bukit Merah buat kali ke-3. Haha. Macam tak puas je. hihi :)

Alhamdulillah. kami sampai di rumah dengan selamat. Syukur.. :)
Tapi kami rindu Sofia.. huhu:(

Akhir kata dari saya, jalan-jalan dengan keluarga lagi best daripada jalan-jalan dengan kawan. I love my family so much. Bersyukur pada Allah jika dikurniakan keluarga yang bahagia. 
Family first!
Sekian. Wasalam.. :)

Photobucket


No comments: