Monday, March 14, 2011

14 Mac 2011M bersamaan 9 Rabiul Akhir 1432H :')

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)

Assalammualaikum ;))

14 Mac 1991 - 14 Mac 2011...

Genaplah usiaku yang ke-20....



Dalam kalender Islam, tarikh aku lahir tak sama dengan tarikh lahir yang sekarang. Yelah, mana taknya, kita kan guna kalender Masihi... hihi :)


14 Mac 1991M - 28 Sya'ban 1411H
14 Mac 2011M - 9 Rabiulakhir 1432H

Semoga Allah memberkati setiap langkah hidup yang aku tempuhi,
Semoga perjalanan hidupku disirami redha Ilahi,
Semoga aku tabah dalam setiap cabaran dan dugaan yang menanti,
Semoga hidupku sejahtera di hari akhirat nanti...

Insya-Allah....

Tak sangka aku dah tua... haha

Kalau korang nak tau bila korang lahir dalam kalender Hijrah, 


Faham2 jelah apa yang dimaksudkan dengan gambar kat atas ni ok? hehe ;))
(p/s: aku tunggu waktu ni tau..guna jam kat dekoder astro sebab lebih tepat lagi..kebetulan jam dia ikut sistem 24 jam..hehe)


Aku bersyukur kepada Allah kerana umur aku dipanjangkan olehNya sampailah hari lahir aku yang ke 20 tahun ni. Kita tak tau bila kita mati. Boleh jadi kejap lagi, esok, lusa, tulat, tahun depan?? 


Ajal maut ketentuan Allah. Cuma cepat atau lambat je. Tak kira sama ada kita bersedia atau tak, Allah pasti akan menjemput ke 'sana'. NO EXCUSE! NO DELAY!
Kematian akan berlaku secara emergency! Tak cepat, tak lambat.

Petikan daripada artikel iluvislam.com (Saat Berpisah)
'Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi ia satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran – proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia'
(Best betul ayat kat atas ni. Sebab tu lah ia mampu memberi motivasi kat aku. Alhamdulillah)

Aku cerita pasal kematian sebab aku ada terbaca sesuatu ayat ni,
'Semakin meningkat umur kita, semakin dekatlah kita dengan kematian'
Aku tak pasti dari mana, jadi, tak boleh nak bagi bukti pasal ayat kat atas ni..
Dah lupa plak kat mana aku tengok.

Apapun, sekali lagi dengan seriusnya aku tulis, artikel kat iluvislam.com memang banyak sangat memberi motivasi kat aku tatkala aku sedih ataupun gembira.
Artikel2 kat situ banyak mengingatkan aku supaya sentiasa mengingati Pencipta kita, Allah SWT.
Aku terharu sangat2. Memang aku nak selalu mengingati Allah. 

"Aku ingin menyerahkan segala jiwa raga dan hati aku kepada Allah, tapi aku tak pasti bolehkah aku mencintai Allah sepenuh hati aku? Aku takut akan digelar hipokrit! Aku takut menjadi orang yang tak jujur. Aku takut menjadi orang yang munafik!"
  

Artikel untuk santapan nurani kita,







('’,)

Ok, sekarang ni tiba-tba aku nak cerita pasal cinta aku.


'Aku tau Allah sengaja buat aku jatuh cinta kat dia sebab Allah nak menguji sejauh mana kesabaran aku'



Cerita pasal kolej, lagi satu semester je tinggal. Tapi, kena tunggu la sampai bulan 8. Lepas tu, aku akan ‘free’!! Yeah! FREE!! 


Selamat tinggal kawanku! 
Farewell, my friend! :)

Yang bertemu pasti akan berpisah, yang berpisah pasti akan bertemu. Allah penentu segala-galanya.
(belum habis belajar lagi, dah kata goodbye. adooyai aku ni. :D belum sampai masanya lagi)




‘Saya jatuh cinta kat awak sebab ianya kehendak Allah. kalau ianya bukan kehendak Allah, sampai mati pun saya pasti takkan jatuh cinta kat awak!’

DEMI CINTA ALLAH aku rela tinggalkan dia!

Wasalam... 


Photobucket

No comments: