Sunday, February 20, 2011

Nur Afira Rahani~ ;)

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)

Assalammualaikum ;))

"Ya Allah Ya Tuhanku, bukakanlah hatinya untuk menerima hidayahMu...."
(Pembuka kata untuk hari ni) :)

Sekarang nih, mood aku dah okeh da.. hehe....
Tapi aku still tak tau apa sebabnya mood aku hilang tiba2...
Takpe, yang penting sekarang nih aku dah mula ada mood. hehehe~~~ ;))

Kebosanan aku akan hilang kalau aku jumpa adik saudara aku yang COMEL giler tu..
Sumpah comel...!! Aku sayang dia.. 



Nur Afira Rahani~~ 
My Baby.. (haha berlagak macam aku ni ibu dia plak) :P 





Afira~~~ Akak tak sabar nak jumpa Afira lagi nih. Rindu sangat2.... :D




Sekarang nih aku tengah recover daripada Chicken pox nih. Tak sangka plak aku kena. Yelah. Penyakit ni kan menyerang sesiapa je tak kira umur. huhu..
Tak dapat nak pergi kolej. :(
Kena makan ubat betul2, kalau tak, macam mana nak baikkan? :P
Yang penting ubat anti-virus tu. (macam anti-virus untuk komputer plak)
haha ;D

Aku dikira bernasib baik sebab aku kena tak teruk sangat. Ada orang teruk sampai kena masuk hospital. Alhamdulillah la. Dah nak baik. 

Penyakit ni takkan datang kat aku kalau itu bukan kehendak Allah.
Lagi satu, jangan merungut atau membenci penyakit yang datang pada kita.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Allah takkan jadikan sesuatu perkara tu sia-sia kalau akhir sekali, Allah wujudkan hikmah di sebalik musibah yang menimpa kita. Aku mulai insaf dan sedar diri. Kita hanya hambaNya yang lemah dan hina di sisiNya.

Artikel kat website ILUVISLAM.COM  banyak bagi nasihat kat aku secara tak langsung. 
Nasib baik aku ni jenis yang suka membaca hal-hal agama. Terbuka pintu hati kalau ada bab-bab agama ni. Memang aku suka sangat2 website ni. hehe  ;)) 

Firman Allah yang bermaksud,

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4) 



Iluvislam



Lagi Sayang... Lagi Diuji

Artikel kat atas ni best! Rugi kalau tak baca.. hehe 
(ps: artikel ni buat aku terharu. tapi bukan artikel ni je, artikel lain pun) :) 

"Kadangkala Allah sembunyikan matahari. Allah datangkan petir dan kilat. Kita tertanya-tanya kemana menghilangnya matahari. Rupanya, Allah nak hadiahkan kita pelangi."
Renung-renungkanlah dan selamat beramal . ;)


Khas untuk awak, awak dan awak...
Terima kasih sebab pernah menjadi penawar hati saya selama ni. Saya hargainya sampai bila-bila... :'))

Photobucket

No comments: