Saturday, December 10, 2011

Mereka - Anugerah Allah pada Saya ♥ :)


بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)

(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :) 
“Mereka, Anugerah Allah SWT pada Saya?” Agak bombastic punya ayat (haha.. yelatu). Tapi, betul apa, keluarga kan anugerah. 


Be with my family is my precious and pleasure moment. They are precious gifts from Allah. And I thank Allah for everything I have. I can’t imagine my life without them. 

If Allah loves them more than me, I have no choice but to accept it with an open heart and remember that this world is temporary only. Our permanent world is at hereafter. ♥

17 - 21 Nov. 2011
Saya dan keluarga pergi bercuti. Fuh. Dah lama tak bercuti. Kami ni kira sambil menyelam minum air sebab nak hantar Sofia, adik saya balik UiTM Penang. Sebelum balik Penang, kami makan angin dulu kat Perak. hehe best! :)  

Apam berwarna warni. Apam edisi baru kot. Rasanya pun sedap. Time ni kami kat perhentian mana entah. Lupa.. hehe  :D

17 Nov. bertolak dari rumah. Sampai kat Perak dah malam. Gambar ni hari kedua kat Perak. Saya di depan pintu Bukit Merah Laketown Resort. Time ni macam tak ramai je. Yelah. Belum cuti sekolah lagi. Kolam mandi kat sini bukak start pukul 12 tengah hari. Mah aihh. Habis berbelang kulit. Dah la terlupa nak pakai sun block. haha. :D


Pukul 10 pg, kami sarapan pagi kat kafe Le Lac ni. Kami bermalam kat Hotel Bukit Merah Resort. 


Time breakfast ni nak rasa macam-macam makanan pulak. Ish3. :P 

 

Saya terlebih ambik sambal. Nasib baik saya boleh habiskan hehe :D


Gambar sebelah kiri ni ibu & Sofia. Yang sebelah ni pulak adik-adik saya yang comel loteh :P ♥ 
Tapi, adik saya yang handsome boy tu tak nak ikut sekali. Bagus jugak dia tak ikut sebab dah takde ruang untuk dia lagi dah. Kereta dah penuh dengan barang2 Sofia. Duduk atas bumbung boleh lah kot. haha :D

Sebelum nak terjun ke kolam, berangan kejap  :D

Adik saya pun nak. 


Posing dulu sebelum terjun kolam :D 


Mula-mula nak naik chair lift dulu, tapi dah tukar rancangan pulak. Rugi tak naik dulu sebab kami tak tau ada kolam mandi yang lagi best. Rugi betullah tak explore dulu. huhu 

Welcome to Chair Lift Ride! Cuak jugak time naik ni. :) Kami naik ni pada esok harinya, hari ketiga..

  Pemandangan dari atas (chair lift). Kena hati-hati naik benda ni, takut terjatuh kasut ke selipar ke. Tapi yang paling penting hati-hati dengan barang berharga, contohnya handphone.. kalau jatuh, ingat senang nak dapat balik? apalagi kalau jatuh dalam air.. huhu... 


Perkampungan Air. nampak macam kampung, tapi ni sebenarnya chalet. :) 

Saya :) 

Sebelum nak berangkat ke Penang, kami singgah kedai cenderahati kejap :) 

Banyak sangat gambar pun tak boleh jugak. nanti lambat loading. Kami hantar adik saya balik UiTM Penang, lepas tu buat urusan pendaftaran kolej adik. Kami jalan-jalan kat Jaya Jusco (JJ), Penang sekejap. Oleh sebab dah malam, kami tak balik pada hari tu jugak. Tunggu esok baru balik (Isnin). Tak plan pun nak balik hari Isnin, tapi kalau nak balik KL kan jauh. bahaya kalau ayah memandu dalam kepenatan.

Kami bermalam kat Hotel UiTM. Ada class lah hotel dia. Suka! 
Dalam perjalanan balik, kami singgah Bukit Merah buat kali ke-3. Haha. Macam tak puas je. hihi :)

Alhamdulillah. kami sampai di rumah dengan selamat. Syukur.. :)
Tapi kami rindu Sofia.. huhu:(

Akhir kata dari saya, jalan-jalan dengan keluarga lagi best daripada jalan-jalan dengan kawan. I love my family so much. Bersyukur pada Allah jika dikurniakan keluarga yang bahagia. 
Family first!
Sekian. Wasalam.. :)

Photobucket


Saturday, October 22, 2011

Cara Nabi Muhammad SAW menjaga Kesihatan :)


بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)


(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :) 

Surfing punya surfing, saya telah terjumpa satu web site yang membentangkan tentang cara-cara Nabi Muhammad SAW menjaga kesihatan diri baginda. Sebenarnya dah lama dah saya nak baca pasal ni tapi bila menghadap laptop, asyik lupa je nak cari. hehehe

BTW, memang saya rasa teruja dan sangat-sangat kagum dengan cara Nabi menjaga kesihatannya sampai saya sendiri rasa menyesal sebab tak amalkan cara Nabi. Hmmmm..... takpe. Boleh start dari sekarang. Belum terlambat lagi. :)

Bagindalah kekasih Allah SWT. Baginda juga idola kita sehingga ke hari ini. Selawat dan Salam buat baginda Rasulullah. 

Cara Nabi Muhammad SAW Menjaga Kesihatan


BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah SAW yang perlu umat Islam contohi?

Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita. Bukan bermakna Nabi tidak pernah sakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.

Baginda sentiasa sihat walaupun menggalas tugas yang berat dan mencabar. Badan kita kadang-kadang sihat, tetapi hati kita berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang baginda amalkan adalah: 

1.    Bangun Sewaktu Subuh 

Rasulullah SAW mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat 

dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh baik untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. Aktif Menjaga Kebersihan 



Rasulullah SAW sentiasa bersih dan rapi. 

Setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, 
bersikat serta memakai minyak wangi.
"Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. 
Demikian pula menggosok gigi dan memakai haruman." (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Aisyah r.a, katanya: Rasulullah SAW bersabda,
"10 perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan yang dituntut agama, menggunting misai,
membiarkan janggut (tumbuh panjang dan kemaskannya), bersugi, membersihkan hidung dengan menyedut air, memotong kuku, membasuh kuku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari dan berinstinjak.


Kata Mas'ab (salah seorang perawi hadis ini), "dan aku lupa perkara ke-10, aku fikir perkara itu
tidak lain dari berkumur-kumur.

p/s: mungkin gambar air kat atas ni kurang sesuai untuk part kebersihan, tapi air juga melambangkan kebersihan, betul tak? Semua orang tak boleh hidup tanpa air. Anugerah Allah yang semestinya sangat penting dalam hidup manusia. :) 

3. Tidak Pernah Makan Berlebihan 


Sabda Rasulullah SAW, bermaksud, "Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan, kami tidak akan makan terlalu banyak (tidak makan sampai kenyang)." (Muttafaq Alaih) 

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air
dan sepertiga lagi untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan
berpuasa pada bulan Ramadhan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat. 


4. Gemar Berjalan Kaki 

Rasulullah SAW berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. 
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Hal ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki
kenderaan. Kalau mahu meletakkan kereta, mesti betul-betul di hadapan tempat yang kita
nak pergi.

Tapi, tak ada masalah, bukan semua orang larat nak berjalan jauh untuk pergi ke sesuatu tempat. Contohnya orang sakit ataupun orang cacat, macam mana nak jalan jauh-jauh? Tak pasal-pasal pengsan tengah jalan plak. Orang yang sihat walafiat boleh la berjalan kaki..Hehe (pendapat saya je)

5. Tidak Pemarah 

Nasihat Rasulullah SAW, 'jangan marah' diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan
dan kekuatan orang Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah dia duduk dan apabila sedang duduk hendaklah dia baring. Kemudian,
membaca Ta'awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segara mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan rasa gundah.

p/s: pernah sekali saya rasa nak marah je, lepas tu, saya ambil wuduk, Alhamdulillah, rasa marah saya beransur hilang dan saya rasa menyesal sebab saya marah sebelum tu. huhu

6. Optimis & Tidak Putus Asa 

Sikap optimis dan tidak putus asa memberikan kesan emosional yang mendalam bagi 
kelapangan jiwa selain perlu memperbanyakkan bersabar, istiqamah, bekerja keras serta 
bertawakal kepada Allah SWT.


Kalau kita dilanda musibah, jangan terlalu bersedih hati. Mintalah daripada Allah 
ketenangan kerana Dia lah sebaik-baik tempat untuk mengadu dan berharap. 
Jangan biarkan sikap PUTUS ASA menguasai minda kerana ia akan menjeremuskan diri kepada sikap negative yang lain.



Flashback: saya pernah rasa putus asa sampai saya hampir melakukan perkara yang 
tak sepatutnya. Astaghfirullah al-azim. 
Bila saya fikir-fikir balik, saya menyesal sebab terlalu ikutkan hati.
Now, I keep asking myself why I did that? Why I’ve been so emotional about that? 
I don’t have to think about it. It’s useless! :’(

Dan kerana Allah masih sayangkan saya, Dia bawa saya semula ke jalan yang diredhaiNya. 
SubhanAllah. 

Di kala hati sedang merintih dek dugaan yang mendatang, Dia hadir untuk memberikan sinaran harapan. Ujian dan cubaan adalah tanda ALLAH sayangkan kita.
Saya dah rasa hidup saya bermakna semula.. :)

“Jangan cari cinta manusia: ia penuh penipuan, kekecewaan dan tidak kekal.
Sebaliknya, carilah cinta Allah, tiada penipuan, tidak akan pernah mengecewakan. Itulah cinta yang ABADI, SEJATI, SUCI dan MURNI.”

Saya tak pernah bercinta, tapi... saya pernah merasakan cinta. (ada beza tau. Kalau anda berfikiran jauh, anda boleh bezakan)

7. Tidak Pernah Iri Hati 

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi sifat mazmumah, ‘iri hati’.
“Ya Allah, bersihkan hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

Rasulullah SAW bersabda, “tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara: seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (diredhai Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hokum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkannya pula kepada orang lain.”

8. Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan kesalahan orang lain dapat membebaskan diri daripada belenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu akan melekat dalam hati. Maka, jadilah seorang yang pemaaf kerana apa yang pasti jasad dan jiwa pasti akan sihat.


Saya rela maafkan sesiapa dan saya harap sesiapa yang pernah saya sakiti, memaafkan saya seadanya. Sesungguhnya saya hanyalah insan yang lemah dan tak lari daripada melakukan dosa.

memaafkan seseorang

Sebelum tidur, maafkanlah kesalahan orang lain supaya apabila kita bangun dari tidur esok paginya, hati kita tenteram dan segala masalah-masalah antara manusia selesai. Insya Allah. Tak rugi memaafkan orang, tapi rugi jika berdendam kerana berdendam boleh mematikan hati.



Kadang-kadang saya rasa benci sangat pada sesiapa yang pernah melakukan kejahatan pada saya. Tapi bila saya fikir balik dan saya bermuhasabah diri, takde gunanya nak benci kesilapan orang lain, saya sendiri pun masih lagi lemah dalam memperbaiki diri. Banyak juga melakukan kesilapan. Jadi, saya redha. :’)

Bahagia sebenarnya bukan menerima tapi lebih dengan memberi. Sebenarnya banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah SAW. Mudah-mudahan hati kita makin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Oh, sebelum terlupa. Artikel ni saya ambil dari,



Islamituindah.my



Saya tak copy paste bulat-bulat. Saya tulis dan olah balik tau. Haha. 
Dan saya ada masukkan ayat saya sendiri. Tak best la copy bulat-bulat... huhu..
Sekadar nak berkongsi.
Harta kalau dibelanjakan akan berkurang, tapi, ilmu kalau dikongsi akan berkembang. Semoga ilmu ni bermanfaat kepada semua. :)

Sekian. Wassalam.. :)




Photobucket

Tuesday, September 13, 2011

eS yU aR aI III

بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)


(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :)


Huh. Dah lama tak edit blog. huhu. Raya kali ni best la jugak. Tapi, tak dapat nak beraya sangat dengan kawan-kawan. Dapat beraya dengan keluarga je. Apapun, Family's First! hehe. Lepas dah habis Diploma, agak susah nak jumpa. Masing-masing ada hal sendiri. Masing-masing sibuk. 

Saya pulak, lepas raya ni, nak cari kerja. Tak kisah la kerja apa. Janji halal. :) 
UiTM kena mohon balik tahun depan. Maksudnya, saya kena la cari kerja dulu sementara tunggu UiTM. Saya berharap sangat dapat masuk sana. Sebab UiTM banyak bantu orang Melayu dan bumiputera. :) 

Kalau saya nak terus sambung tu boleh je. Tapi, saya nak pengalaman kerja dulu at least 3-4 bulan. Lepas tu, sambung Degree. Dan lepas habis Degree, peluang saya nak dapatkan kerja lebih tinggi sebab saya ada pengalaman dan sijil. Bagi saya, dua-dua penting! 

Saya tak pernah ada pengalaman kerja sebelum ni. Jadi, rasa agak berdebar jugaklah kalau first time kerja nanti. Hmmm... Kena banyak sabar dan kena pandai kawal emosi. (haha)   

Dan kalau saya nak, saya boleh je sambung kat Kolej YPC - kolej di mana saya pernah belajar 2 tahun 1/2 lepas. Tapi, ada la hal yang membuatkan saya tukar fikiran dan tak nak sambung kat sana. 
I feel that I didn't belong to study there.  And there's someone that I think will annoying me. So, saya ambil kata putus, tak nak sambung kat sana lagi! Muktamad! 
Lagipun, saya nak pengalaman baru. Saya nak rasa macam mana duduk kat hostel. Macam mana hidup berdikari. 
Kadang-kadang kita perlu merasa hidup susah supaya kita sentiasa bersedia dengan apa-apa kemungkinan yang akan berlaku. Kalau kita tak pernah hidup susah, kita mudah lupa diri. Lupa untuk muhasabah diri sendiri. 


Ni gambar-gambar yang saya nak kongsi. hehe.... 





     

Afira yang comel. Gambar yang kiri ni dia dengan ibu dia (yang tudung hitam). Yang tudung oren tu ibu saya. :)
Selama ni dok promote gambar anak dia je. Gambar mak dia lupa plak. Hihihi... 




Oh. My Fragrance Lamp. 
Saya amat sayangkan lampu ni. Tapi, lampu ni dah rosak. T_T 
Ni la lampu tidur yang paling cantik yang pernah saya beli. 
Lampu ni unik. Kalau nak bukak lampu ni, cuma sentuh dengan jari dan lampu pun bernyala la. Tapi, pastikan wayar lampu ni dipasangkan. Kalau tak, sampai kiamat pun takkan bernyala la lampu tu. :P 
Lepas tu, boleh adjust kecerahan lampu ni. Nak malap ke, nak paling terang ke, semuanya adjust dengan jari je. Unik kan? Lampu ni sensitif pada sentuhan.


  ♥  

 Mula-mula saya pun tak tau lampu ni lampu sentuh, saya main beli je sebab nampak cantik. Tapi sayang, takde rezeki la. huhuhu T_T Sebelum terlupa, lampu ni pun lampu yang boleh mewangikan bilik kalau kita letak bekas yang berisi minyak wangi kat atasnya. Tapi, saya tak sempat pun nak cuba. :(

   ♥  

Kristal ni adik saya punya. Saja nak hias bilik guna barang adik memandangkan  dia kat Penang sekarang ni. hehe... 


Ni la bahagian katil kat dalam bilik saya. Saje mengada-ngada pasang lampu tu. 
Ter'over' terang plak lampu tu. Hehehe :D

   

Ni plak saya saje nak menyepahkan meja dengan potpouri ni. Wanginya teramat. Tersumbat hidung dibuatnya. hehe

    



 Last but not least, saya rasa macam nak jadi photographer je. Ceh. Angan-angan je. Saya rasa saya tak sesuai jadi photographer, sebab saya bukanlah seorang yang lasak, ambik gambar sana sini, terbaring sana sini semata-mata nak ambik gambar. Ohh.. Malu la. Tak sopan namanya. Heeee 


Ok, last sekali, gambar saya kat Taman Tasik Permaisuri. Gambar lama. Malas la nak post gambar raya. heee

Ok, saya nak perkenalkan design baru kat blog saya. Saya yang design sendiri tau. Saya teramat-amat berpuas hati dengan design saya sendiri. Hehe 



Bukanlah 100% design saya, saya cuma ubah HTML code supaya nampak lain sikit. Serius best edit-edit HTML ni. Tak berapa susah tapi kalau tersilap langkah, lain jadinya. Percayalah! haha. :D

Benda yang saya edit & tambah:

   ♥ Blog header   
            ♥ Tweet & FB button
  ♥ Blog badge
        ♥  Sidebar divider
 ♥ Post divider 
                  ♥ Header& Footer image

Of course saya guna PS  CS4 (Photoshop Creative Suite 4). Best giler la.. hehe. Dan saya sangat-sangat berterima kasih pada website2 yang telah membantu saya dalam menjalankan program mengedit blog ni. :)

I  ♥ Photoshop 


p/s: saya suka sangat dengan design blog saya yang baru ni(tapi memang betul2 mencabar nak mengeditnya. Tak rugi belajar pasal IT ni) 
Kali ni, blog saya betul-betul ada copyright protected. Dulu tu saje je letak copyright protected padahal takde protection apa-apa pun :P


Sekian saja dari saya. Wasalam. :)

Photobucket