Tuesday, March 14, 2017

Khimar by Felinna, Roses & Me

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera ~ :P

Excited nak tulis entri kali ni sebab dapat jumpa kedai bunga fresh yang murah! Hehe. Tapi sebelum tu, saja nak share photoshoot khas 2 hari sebelum birthday hari tu. Hahaha. Khas sangatttt. Entry tertunggak ni. Huhu. Pagi sampai petang kerja, balik rumah terus nak tido. Tak sempat nak menulis. Haha :D


Sebagai mukadimahnya,


Fefeeling princess or bride to be? :P :D

Antara bait doa yang selalu Kak Fel titipkan saat berasa sukar dan lemah: 

"Ya Allah, sesungguhnya aku redha dengan setiap ujianMu. Aku bersyukur kerana aku diberi peluang berdepan dengan masalah ini, dan aku yakin Engkau memilih ku kerana aku kuat dan mampu menghadapinya.

Tidak ku minta dihilangkan ujian ini. Kerana aku yakin setiap ujianMu pasti beserta hikmah yg baik.

Cuma ku mohon diberi kekuatan agar terus bertahan di saat aku rasa lemah, di saat aku rasa penat, di saat aku rasa ingin mengalah. Bantu aku ya Allah..."

Kena selalu ingat. Untuk jadi kuat kita kena tekad. Kita kena kuat.

- Felinna Nadea Ed Fatah (Founder of Felinna Boutique)

Suka bait2 doa dia, rasa macam kena dengan diri sendiri waktu ni. So. dengan berbesar hatinya hamba share doa dia. Haha :D

Dari dulu lagi memang minat design2 baju dari butik Felinna ni. Tapi tengok harganya agak mahal, so pandai2lah ukur baju di badan sendiri. Haha. Sebelum ni pun, tak kenal sangat siapa Felinna tu. Tau sikit2 je pasal dia berhijrah ke jalan yang lebih baik. 


Pernah join contest dia jugak, tapi takde rezeki. Satu perkara menarik pasal Felinna ni, konsep yang gunakan sebelum menjual produk baru, dia akan sedekah dulu. Terbaik marketing strategy dia. Bila kita percaya rezeki 100% datang daripada Allah selepas berusaha sungguh2. Besar kuasa sedekah. Alhamdulillah. Usha Instagram sendiri ok kalau nak tau lebih lanjut. :P
  




Terdetik nak tau lebih lanjut pasal owner ni lepas beli set Khimar & dress ni la. Sebelum ni tak tau sangat. Haha. Tapi yang set Khimar ni berbaloi kalau beli walaupun mahal. Sebelum ni dah nampak iklan2 orang jual khimar, tapi rasa macam mahal & tak berbaloi, so lupakan dulu hasrat nak beli. Lepas tu muncullah set khimar ni, 2 dalam 1. Apa lagi, rembat terus sebelum habis. Nanti gigit jari. Haha


Cantik kan? Flowy gila dress dia. Haha. Exclusive by Felinna Boutique! ;)

Tengok gambar, rasa kembang biasa je kot. Kadang2 iklan tak seindah rupa. Indah khabar dari rupa. Itu la peribahasa yang sesuai. Haha. Sekali sampai rumah, try pakai, fuhhh kembang gila. Flowy sangat kain dia. Memang fefeeling princess la jawabnya, tak pun bride to be? Eh? Haha :D 


Mine is peach ;) 

Khimar dia pun selesa. Konsep set dress + khimar ni ialah boleh terus dibawa solat. Nak tau pakaian kita betul2 ikut syariat ke tak, kalau boleh terus dibawa solat, lengkap tutup aurat, tak ragu2. Kalau tudung singkat, lengan senteng, fikir2kan la sendiri. ;) 



Photoshoot by my soul sister; Sofia. Pandai jugak dia ambik gambar! :D

Tapi, kalau ada event boleh la pakai dress ni. Kenduri or hari2 biasa tak sesuai la. Kembang sangat. Kalau sapu lantai tu, bersih licin. Haha. Ok tipu. Simpan untuk jadi baju tunang or kahwin pon ok. Cuma tambah lace + manik je. Memang dah sesuai sangat jadi baju pengantin. Hahaha :D



Perasaan masa beli baju ni kan, rasa macam, eh, aku ni macam nak tunang@kahwin je beli baju kembang semangkuk macam ni. Tetiba hati macam berbunga2 nak kahwin. Huehuehue :P 


Oh. ya! Dress ni labuh sangat. Kena buang dalam 4 - 5 inci ikut tinggi sis. Sis 157/158 cm je. Hantar je ke kedai jahit, tailor tu pening tengok sebab terlampau kembang. Haha. Sis pun risau tengok. Mahal katanya, mungkin cecah RM 50 atau lebih. Last2 dia kata, dia potong, lepas tu jahit tepi hantar kedai lain sebab dia takde mesin tu. Sis pun akur. Upah potong je dah RM 25. Risau kalau kos jahit tepi lagi mahal. 

Tapi Alhamdulillah, RM 20 je tailor tu mintak untuk jahit tepi. Siap dorang tanya lagi beli kat mana dress ni. Dorang cakap kalau tempah dress ni, tak dapat harga RM 159 (harga promosi, harga sebenar RM 229), mungkin RM 300 ke atas. Ada logiknya jugak. Banyak kain dia guna. Haha. Ni la kos alter baju paling mahal setakat ni. Selalu kalau upah potong bawah kain, dalam RM 5 - RM 10 je. Tu pun dah rasa macam mahal. Haha


Saja dok pusing2 ala Ballerina nak tunjuk betapa kembangnya baju ni. Ni video sebenarnya. Hahaha :P
                       
Ok, habis cerita pasal baju, nak cerita pasal bunga pulak. Gila bunga kan. Macam ni la. Hahaha. Tapi memang jakun jadinya kalau nampak bunga fresh. Kadang macam tak percaya tu bunga betul. Haha. Indahnya ciptaan Allah... SubhanAllah~ :) 



Beberapa hari sebelum birthday, ada try tanya En. Google kat mana kedai bunga segar area KL. Terjumpa satu blog tu tapi dia tak mention nama kedai. Dia kata area Maybank Petaling Street. Takde direct location. So lepas kerja, dok pusing2 area Petaling Street tapi tak jumpa2 pun. Balik dengan perasaan hampa. Dia cerita dalam blog dia kat kedai tu bunga2 murah2. Tu yang nak try pergi sana tu. Haha. 

Lepas tu, scroll2 Facebook, secara tak sengaja nampak ada satu Page ni share pasal kedai bunga murah area Petaling Street. 


Bunga masa mula2 beli 2 hari sebelum birthday. Tak puas hati sangat sebab bunga dia nak layu dah. Mahal pulak tu setangkai RM4. Tapi boleh la, janji warnanya cantik :D

Bagai pucuk dicita ulam mendatang! Wah. Alhamdulillah tak sangka jumpa jugak kedainya. Kalau tak jumpa kedai ni pun takpe, ada option lain. Tapi mahal sikit la harga bunga dia. Masa birthday tu, lepas kerja, terus 'merempit' datang sini. Haha. Eh, sis bawak motor berhemah ok. Huehuehue :P 



Weng Hoa Flower apa entah nama dia. Pandai2 la cari sendiri k. Kedai dia besar, Pilihan bunga pun banyak. Mau tak jakun tengok bunga fresh. Terasa macam berada di Cameron pulak sebab ingat lagi dulu2 time kecik2 ada pi sana borong bunga fresh banyak2. :P 



The camera focus was on the Crown-shaped ring :P 


Bermula la sesi menggubah. Gubah biasa2 je. Masuk dalam botol kaca. Memang nak simple je pun. Hihi. Masa beli hari tu ingatkan ada 11 tangkai je, sekali unpack tengok2 ada 20 tangkai. Yang lain tersorok kat dalam. Haha. Hadui. Satu tangkai baru RM 1. Memang berbaloi. Bunga dia pun masih segar dari ladang, Tahan lebih seminggu tau. 



As pure as white. As sweet as pink. Here's a pure yet sweet white pink roses. 


Tak silap bunga rose ni import. Dari mana, tak pasti. 


Tadaa. My first ever fresh roses bouquet! ;) 
Sekilas pandang macam bunga plastik. :D




Where flowers bloom, so does hope. Have faith in Allah ;) 

Last but not least...



Happy 24th birthday my dear lovely & matured younger sister!
Semoga dalam rahmat Allah selalu, dipermudahkan segala urusan & berjaya dunia akhirat. Aamiiin~

Siapa sangka masa kecik2 dulu macam2 kerenah tak suka pergi sekolah, dah besar jadi best student. Alhamdulillah~

*Thank you jadi photographer tak berbayar 2 hari sebelum birthday akak. Hahaha. Love you sistor~ 
 Till next time... ;)
Photobucket

No comments: