بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)
(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :)
Lamanya tak update blog. Dah 3 bulan lebih.. Dah bersawang dah.
Hihi...
Sekarang ni ALHAMDULILLAH, dah lepas fasa kritikal (time di mana
sibuk dengan assignment). Nak tumpu kat final exams pulak.. :) Ok, dah lama tak
update blog, bahasa pun dah macam skema semacam je?? Haha :D
Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan nikmatNya yang tak
terhingga kepada kita semua. Syukur Alhamdulillah sekali lagi. :’)
Banyak benda nak cerita sebenarnya memandangkan dah lama tak update blog. haha
Ala-ala macam budak-budak dan PINK PINK sangat bilik saya kan? :D
Ok, sekarang saya nak kongsi kisah-kisah inspirasi ni. Jadikan
setiap kejadian sebagai pengajaran. :’)
Cerita Seorang Wanita Yang Penyabar
Dan Tabah Menghadapi Musibah | Kisah tentang seorang wanita yang telah kehilangan
seisi keluarganya dalam satu malapetaka tetapi masih lagi tersenyum dan tenang.
Pada zaman dahulu ada seorang yang
bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba
ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. “Demi
Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak
lain ia pasti kerana wanita itu tidak pernah risau dan bersedih hati”,
katanya.
Wanita itu mendengar ucapan Abul
Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah
aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan
tiada seorang pun yang mengetahui hal ini.”
Abu Hassan bertanya, “Bagaimana
hal yang merisaukanmu?” Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari
ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua
orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku
bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada
adiknya, ‘Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih
kambing?’” Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu.”
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelih leher adiknya itu.
Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke
bukit yang mana di sana dia telah dimakan oleh serigala, lalu ayahnya
pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku
letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku
merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut
dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita
ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah
lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya.
Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”
Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah
yang sangat hebat itu ?” Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang
dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara
keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir,
maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya
tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.”
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan teladan di mana
kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang
yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari
Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam
sebuah hadis Qudsi: “Tidak ada balasan bagi hambaKu yang mukmin, jika Aku
ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.”
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya
haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda: ”Tiga macam daripada
tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab
orang.” Dan sabdanya pula, “Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliah, dan orang
yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotong baginya
pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat Ibnu Majah).
Tak pasti ni kisah benar ke tak. Allahu'alam. Sumber: Kopi Lekat blogspot.com
No comments:
Post a Comment