Tuesday, September 25, 2012

eS yU aR aI V: Syawal 1433 H :) ♥

                         بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)
(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :)


Alhamdulillah masih diberi peluang untuk meneruskan hidup :)
Tak sangka dah berbulan-bulan saya tak update blog. Huhu...

Hish! Apa la! Dah lambat sangat nak publish blog raya ni. Plan nak publish blog time raya, tapi belum berkesempatan. Lepas raya baru boleh publish. Takpelah.. hehe :D :)

Sebelum nak cerita pasal raya, saya nak cerita dulu pasal majlis konvokesyen saya kat sebuah kolej ni. (tak payah lah tahu kolej mana) huhu..


ALHAMDULILLAH. Tamat sudah pengajian kat kolej ni. Sekarang saya dah rasa bebas. Huhu.. malas nak letak gambar konvo banyak-banyak :P

Notis: tulisan di perenggan bawah sengaja dikecilkan.

---------------------------------------------------------------------
Kalau boleh, saya memang nak sambung degree kat kolej ni je. Tapi, ada masalah sikit. Malaslah. Tak senang dan tak tenang nak belajar kat sini. Kalau hati tak tenang, macam mana nak berikan sepenuh tumpuan terhadap pelajaran? Yang paling saya tak suka, ada pulak makhluk-makhluk yang seakan memaksa saya untuk terus sambung belajar kat kolej ni. ISH! Sorry sikit! Suka hati le nak belajar kat mana. Paksaan bukan dengan cara kekerasan, tapi dengan cara psikologi. Pandai betul diorang guna cara ni untuk ubah fikiran orang lain. Ayah ibu saya pun tak paksa saya belajar kat mana. Macam saya tak layak buat keputusan untuk masa depan saya sendiri... hmm :(
Saya memang tak suka orang paksa-paksa ni. Selagi saya kata tak nak, selagi tu lah dia cuba nak ubah keputusan saya. Hmm.. Nak berjaya tak semestinya kat kolej tu je. Kat kolej lain, universiti lain pun boleh berjaya apa. First-class degree bukan ada kat kolej tu je. Tak payah nak bagi sesuatu yang semestinya kolej/universiti lain pun ada. Tak masuk akal langsung. Saya tak nak cerita yang tak elok pasal kolej tu. Tapi saya rasa kadang-kadang kolej tu melampau. Alhamdulillahlah saya dah tak terikat dengan kolej tu lagi. Kalau tak ada apa-apa hal, jangan haraplah saya nak buang masa datang ke kolej tu.
Dulu, masa mula-mula nak ambil Diploma kat kolej tu, pun kena paksa jugak. Macam yang saya cakap, paksaan menggunakan psikologi. Tapi, saya tak naklah menyalahkan takdir. Allah dah tentukan jalan hidup seseorang. Jadi, saya terima je. Kita merancang tetapi Allah merancang dan Dia juga yang menentukan. Dan ingatlah perancangan Allah itu adalah terbaik buat hamba-hambaNya. Allah takkan sesekali menzalimi hamba-hambaNya..  J
Bagi saya, dah habis Diploma dahlah. Lupakan je perkara yang lalu. Tapi, saya takkan biarkan PISANG BERBUAH DUA KALI. Saya ada hak untuk buat keputusan! Tiada siapa boleh ubah keputusan saya kecuali ALLAH! Muktamad. Huhu..
Ps: Bukan nak mintak simpati tapi nak menyuarakan ketidakpuasan hati. Ok. Stop! Tak nak cerita lagi. 
---------------------------------------------------------------------

BILIKKU SYURGAKU 
Raya tahun ni, bilik semua tukar baru. Hehe. Saya suka keadaan bilik saya yang sekarang ni tapi saya rindu pulak kat keadaan bilik lama. Dapat jugaklah bilik yang saya impikan. Alhamdulillah. :) 


Semua PINK! ;) 
Disclaimer: ni bilik anak dara, bukan pengantin! Saya sukakan kelainan, sebab tulah saya hias macam hiasan dalam bilik pengantin. Bagi saya, ni hiasan yang biasa je. Kalau orang yang suka menghias, mestilah nak hias cantik-cantik. Betul tak? Menghias bilik adalah salah satu hobi saya sejak saya dari Form 1 lagi. Saya memang jenis yang suka bunga. Bila pergi je kedai bunga, mesti rasa nak beli je semua bunga yang ada kat situ.  Mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Saya dan ibu ada minat yang sama. ;)

Mesti ada orang cakap, "Eleh, biasa je bilik dia ni."
Well, memang biasa-biasa je.. :P :D

Bila ada orang cakap bilik ni macam bilik pengantin, rasa geli lah pulak. Yelah, belum terfikir nak kahwin lagi. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Nak sambung belajar, cari kerja, balas jasa ibu dan ayah, jadi hamba Allah yang solehah. InsyaAllah. (cakap memang senang, tapi kenalah usaha..huhu)

Ayah saya cakap, “Nanti kalau ada siapa-siapa nak kahwin, tak payah upah mak andam untuk buat pelamin, kita sendiri pun boleh buat. Lagi jimat kos..” (hehe). Betul jugak cakap ayah tu. :P
Ibu pulak cakap, “Akak belum lagi nak jadi pengantin. Buat apa nak hias macam ni?”. Lepas tu saya cakap, “Tak semestinya pengantin je hias bilik macam ni”. Ayah pun sokong kenyataan saya. Hihi :P
Hampir sebulan bilik saya ni siap. Tempohnya sebulan sebab bilik ni nak direnovate dulu. Fuh, penat. Tak cukup tangan nak buat. Tapi disebabkan nak bilik yang cantik, kenalah buat jugak. Bersusah dulu bersenang kemudian. :D 

Macam saya dan keluarga. Kami tak kaya tak miskin. Sederhana je. Tapi, Alhamdulillah takde pun sampai berhutang semata-mata nak buat persiapan raya yang mewah-mewah. Membazir amalan syaitan. (Pendapat saya) Kalau boros guna duit sendiri takpelah jugak, ni pinjam duit orang. Lepas tu tak boleh bayar balik...

Salah satu babak dalam drama My Girl. Tengoklah aksi watak utama, Joo Yoo-rin (Lee Da Hae) yang ‘terpegun’ dengan bilik ni. Agaknya rumah siapalah yang diorang sewa nak buat penggambaran ni kan? Serius, saya nak sangat bilik macam ni dan Alhamdulillah, dapat jugak..hehe :P
Satu je yang saya rasa terkilan sikit. Orang memang takkan tahu apa yang kita buat kat rumah. Orang ingat kita melepak je tapi diorang tak tahu kita bertungkus lumus buat kerja-kerja rumah. Terkilan sebab diorang buat andaian yang buruk dan tak relevan. Ni lah penyakit masyarakat zaman sekarang. Sabar je la. Ada orang ingat saya kat rumah tak buat kerja. Harap kat ibu je buat kerja semua. Hei! Sorry sikit! Saya tak pasti kenapa ada orang fikir macam tu tapi apa yang pasti, saya hari-hari buat kerja rumah. Buat kerja-kerja  rumah tu rutin harian. Bukan sebulan sekali baru nak buat. Kadang-kadang orang tak faham.  Orang tak nampak, tapi Allah Maha Melihat.
Ps: Nasib rumah saya takde CCTV, kalau ada, saya akan tunjuk kat orang apa yang saya buat kat rumah hari-hari! (marah ni. Lepaskan tension kejap) :P
“orang takkan berpuas hati dengan kita selagi mereka belum jumpa kelemahan diri kita”

Ni keadaan bilik time raya tahun lepas (2011). I miss that pink beautiful lamp!
(time ni tengah tengok movie Barbie: Barbie Fairytopia Magic of the Rainbow. Masih terserlah kebudak-budakan saya) :D
Ps: mana-mana cerita Barbie memang best! Bukan budak je boleh tengok, mak budak, nenek budak pun boleh. :D

Ni pulak keadaan bilik tahun 2008-2009. Rindulah pulak.. huhu (Agak bersepah sebab barang banyak tak tahu nak letak mana) Pening jugaklah kepala bila tengok bilik bersepah...



Kalau nak tahu, ketiga-tiga gambar kat atas ni ialah shot pada dinding yang sama, cuma hiasan dan reka letaknya berubah dari tahun ke tahun.
Bilik saya dah banyak berubah. Saya rindu keadaan bilik yang bawah sekali (2008-2009) ni. Banyak kenangan bittersweet time tu. Kat meja yang agak bersepah tu lah banyak idea datang nak melukis... I almost spent my whole time for drawing on that messy desk. Hihihi.. :D

Seriously, gambar raya tak banyak. Berapa kerat je. Boleh dikira dengan jari. Tak sempat nak tangkap gambar sebab nak kena uruskan hal lain. Takpelah. Janji ada daripada takde langsung :D


A Flower Queen with her Flower Princess. Siap pegang bunga lagi. Macam kenduri kahwinlah pulak. Huhu
Ps: Queen tu ibu saya. Princess tu kami 3 beradik.. Ramai orang cakap, kami macam adik beradik bukan macam anak beranak sebab ibu lebih kecik daripada anak.. hihi :P 

No caption...

Disclaimer: Gambar raya tahun lepas.


Juadah kami di pagi raya. Sentuhan air tangan ibu memang sedap. Penuh kasih sayang.  :)
Rendang daging, gulai nangka, lemang, ketupat, kuah kacang & kuah lodeh. Saya selalu terlebih makan time raya ni. Masa puasa, punyalah tak selera makan, bila raya, hah! Ambik kau! :D
Dan Alhamdulillah dapat jugak duit raya tahun ni. Ingat dah ‘tua-tua’ macam ni dah tak dapat dah duit raya. Agaknya umur berapa dah tak layak dapat duit raya ye? Haha... :D

Ok, dah habis pasal raya. Nak cerita benda lain pulak.


       


       

Some of my drawings 

Rindu zaman-zaman sekolah menengah dulu. Banyak masa untuk melukis. Tapi, bila dah masuk kolej tahun 2009, dah takde masa sangat nak lukis-lukis macam dulu. Sibuk dengan kelas, assignment, sibuk dengan internet (haha). Maklumlah dah minat dunia IT, mestilah dah malas nak lukis-lukis ni.

“Bukan saya yang pandai melukis tapi Allah yang menjadikan saya seorang yang pandai melukis”.
Semua ni hanya pinjaman dan kita haruslah sentiasa bersyukur kerana apabila semua nikmat yang diberi telah kembali kepada pemilik mutlaknya, Allah, kita akan redha dan pasrah. :) 

 Semua lukisan kat atas ni dilukis antara tahun 2007 - 2011 

Running Man Member : Haha/Ha Dong Hoon (2012). Dulu minat dengan dia ni. 
Minat gitu-gitu je la. :P

Entri takde la panjang sangat. tapi nak meng-updatenya punya la malas. Haha..
Hmm.. tak tau nak cerita apa lagi.. Sampai sini je la.. :)

BTW, tahun depan, kehidupan baru bakal bermula. InsyaAllah.. :')
Sekian. Wassalam.. Hmm..  

Kalau kita telah kehilangan barang yang kita sayang, contohnya: laptop, handphone.. etc. dalam apa-apa cara sekalipun, anggaplah barang itu sudah kembali kepada Tuannya yang sebenar iaitu Allah.
Walaupun dibeli dengan duit sendiri, tapi pemilik mutlaknya adalah Allah. Kita hanya peminjam dan Allah lah yang meminjamkannya kepada kita.
Sebagaimana kita semua adalah milik Allah, semestinya barang milik kita adalah milik Allah. Ini semua dah cukup membuktikan bahawa dunia ini juga hanya pinjaman dan sementara.. :)

Photobucket

Sunday, April 1, 2012

Bakat Terpendam ♥

بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)
(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :)

Syukur Alhamdulillah Allah masih membenarkan kita bernafas hingga ke hari ini.. :')
Bakat terpendam? :D
hihi.. terpendam la sangat... Takde la berbakat sangat.. Lebih kepada hobi je.. Expert pun tak la sangat.. Baru nak mencuba, nak berjinak-jinak.. :)
* Menjahit Manik * 

Ok.. rantai mutiara ni dah tak digunakan lagi sebagai rantai. jadi, untuk elakkan membazir, saya gunakanlah sebagai hiasan kat baju kurung moden saya.. hehehe ;) Recycle :P 

Ni mutiara-mutiara yang dah diceraikan dari talinya.. :P (betul ke ayat?) 

Selain mutiara, lace/renda pun diperlukan juga supaya nampak cantik :)

 Proses menjahit bermula :) 

Sebutir mutiara...
Ni untuk tujuan fotografi.. Kebetulan mutiara tu jatuh atas lantai.. terfikir pulak nak tangkap gambar.. hehehe :P 

 Saya  ..  

 Jahitan yang dah siap... :) 


Last but not least..

Bukan tu je. Ada lagi.. hehe.. Tadaaa..

Pada asalnya nak lukis muka Lee Jun Ki, entah macam mana tersesat muka orang lain pulak. Ish3.. Tak kenal la siapa yang saya lukis ni..haha :D
BTW, ni pic lama (2009).. baru sekarang teringat ada pic ni kat laptop. huhu 
 Handsome tak? bila saya tengok balik pic ni, tiba-tiba cair pulak hati saya.. haha (jatuh hati dengan lukisan sendiri) :P 
Saya takde la hebat sangat lukis muka orang ni, tapi boleh la sikit-sikit :)
ALLAH MENJADIKAN SAYA SEORANG YANG PANDAI MELUKIS. ALLAH KURNIAKAN SAYA NIKMAT TERSEBUT. ALHAMDULILLAH :')  


Sekian.. Wsalam :)  

Photobucket

Wednesday, March 7, 2012

eS yU aR aI IV ♥

بسم الله الرحمن الرحيم

(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)
(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :)

Fuh.. lama betul tak update blog. Busy kerja.. tapi sekarang, dah berhenti dah sebab pekerjaan tu
tak sesuai dengan jiwa saya. Rasanya saya lebih sesuai kerja ofis kut.. huhu..
Kerja ofis, pakai bebas + mesti formal =  ♥ (yang ni saya memang suka)
Kalau kerja cashier, pakai tshirt + seluar = eeeeee.. tak suka tak suka.. :P

ALHAMDULILLAH.. dapat jugak pengalaman bekerja walaupun tak lama: 1 bulan lebih je. huhu..
Bagus betul saya ni kan? Dapat bertahan setakat  sebulan lebih je. haha.. 
Tapi kenangan time kat tempat kerja memang best. Dapat pulak 'jiran' (orang kedai sebelah menyebelah) yang sporting dan perangai agak gila-gila sikit. Akak-akak senior pun sporting. Huhu
Lagipun, saya berhenti kerja sebab waktu solat tu tak menentu.. Tak berkat la sesuatu pekerjaan tu kalau tak tunaikan yang wajib kan?  Hmmm..

Tak tau la kenapa, tapi apa yang pasti, saya tengah demam Korea sekarang ni.. ish.. Tengok je la gambar yang saya edit ni, siap guna bahasa Korea lagi. haha.. rasa macam nak belajar je bahasa ni.. huhu

이슬람은 삶의 방법입니다  
 Maksudnya, Islam is the way of life. Lebih Islamik. :) Saya tak pasti la betul ke translation yang telah dilakukan oleh encik google ni. Maklumlah saya just kopi (copy) n paste je. :P Kalau macam ni, kena belajar bagi betul-betul faham. Nanti kalau dah diterima ambik degree, saya nak belajar bahasa Korea la.. hehe.. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. :) 


Perasan tak perkataan dalam bahasa Korea yang dibulatkan kat gambar atas ni? Hihihi..
Nak tau kenapa saya gila Korea..???


sebab .............

sebab .......................

sebab .............  




hehe :D 
DVD Iljimae ni sendiri punya tau. Walaupun agak mahal, tapi puas hati sebab kita memang beli yang ORIGINAL punya. Tak mainlah cetak rompak. Saya tak nak sokong penjenayah!  Ni lah satu-satunya DVD drama Korea yang saya beli. :D 
Dalam banyak-banyak historical drama, saya lebih suka yang ni.

Start tengok drama Korea, Iljimae ni balik, tiba-tiba terus terlekat. Ish.. susah, susah.. Apalagi kalau pelakon yang memang kita minat berlakon dalam drama ni. superb.. huhu 
Tapi minat-minat pun, takde la sampai fanatik pun. Idola kita hanya Nabi MUHAMMAD SAW. Yang lain tak layak jadi idola apalagi kalau 'idola' tu takkan membawa cahaya kepada kita. :) 

Saya sedar tu. Sebab tu la saya tak berapa minat artis, kalau minat satu dua tu takpe la jugak. Mereka tu cuma manusia biasa macam kita, takde apa yang nak dibanggakan. 

Perkataan yang saya bulatkan kat gambar atas tu ialah tulisan nama Lee Jun Ki dalam bahasa Korea (Hangul). Lepas tu, saja mengada-ngada letak nama tu kat profile.. hihi :D 

Apa yang saya perhatikan, tulisan hangul ni cantik dan tak complicated sangat bagi sesiapa yang baru nak belajar menulis dalam bahasa lain. Tak macam tulisan bahasa cina dan jepun. Nampak complicated! Antara Cina, Korea dan Jepun, yang senang nak bezakan ialah tulisan bahasa Korea (hangul) 

Saya tak tau kenapa saya suka sangat tengok drama ni. Walaupun agak kejam, tapi saya suka.. hehe.. Lagipun, ada Lee Jun Ki berlakon, memanglah.. Lee Jun Ki ni pandai berlakon. Orang gelarkan dia, "lelaki yang cantik" sebab muka dia macam perempuan. Tapi dalam Iljimae ni, dah nampak la muka kelelakian dia tu. Maybe faktor umur. Masa dia awal 20-an memang muka macam perempuan la. Tapi sekarang, dia nak masuk 30-an da. Dah tuaaaa.. haha :) 

Some Info and Synopsis of ILJIMAE 
Romanization : Iljimae 
 Hangul : 일지매
How Iljimae got his name, "Iljimae"? 
At the scene of each robbery, he leaves a small painting of a branch of a red plum blossoms call mae hwa. 
His name, ILJIMAE reflects this act, 'IL' means "one", 'JI' means "branch" and 'MAE' means "plum tree". So, here comes ILJIMAE, one branch plum tree. :D 
That's how he got his name. 

Set during the Joseon Dynasty, Yong/Geom/Iljimae (Lee Jun Ki) acts as a useless gangster in the marketplace by day but at night he is a chivalrous robber who robs corrupt government officials to give to the poor. After each robbery he leaves behind a wooden branch from a plum tree at the site of the robbery to take responsibility for the robbery. Bong Soon (Lee Young Ah) is a hilarious girl with good martial art skills and lives as a swindler. She only loves Yong/Iljimae and sacrifices her whole life for him. Eun Chae (Han Hyo Joo) is good in nature and usually helps miserable people. She meets Iljimae once by chance, and their sweet love story begins. However, her love puts Iljimae in a dangerous situation because an Imperial Guard Shi Hoo (Park Shi Hoo) also loves her.

§  Title: 일지매 (一枝梅) / Iljimae
§  Genre: Historical Romance
§  Episodes: 20
§  Broadcast network: SBS
§  Broadcast period: 2008-May-21 to 2008-Jul-24
§  Air time: Wednesday & Thursday 21:55



Yeah.. sampai pasal Iljimae je, terus English.. haha.. Saya nak tulis banyak-banyak walaupun takde orang nak baca. Saya peduli apa? Saya memang suka menulis. Menulis hobi saya selepas melukis :) 


Ni Handphone baru saya. Huhu.. Samsung Corby 2. Biasa je.. Taknak beli yang mahal-mahal. Membazir. Yang murah pun takpe. Hp lama selalu buat hal. Saya tak sampai hati nak tukar. Tapi daripada membazir duit nak baiki hp yang memang dah perlu humban kat lombong, beli jelah yang baru. Harga hp lama tu pun 3 kali ganda harga hp baru. memang rugi. Tapi nak buat macam mana.. ? Takde rezeki.. Function lain still ok. tapi kalau nak buat panggilan susah. tak dengar apa yang orang cakap melalui telefon. Ish3..  
Saya lebih suka hp touch dari hp nokia yang macam blackberry tu. Uisshh tak lawa langsung...:P ALHAMDULILLAH. sejak pakai hp baru ni, semuanya ok. well-function! 
Samsung & Nokia memang jenama hp yang boleh dipercayai. But I prefer Samsung the most! :) 
Sony Ericcson punya hp hampeh. Takde kualiti. huhu


 Bila saya check balik blogpost saya yang dah lepas-lepas tu, rupanya ini blogpost pertama saya untuk tahun ni.. haha.. tak menyempat nak update. Yelah. Kalau dah kerja, mana ada masa nak update.. huhu  Hari ni hari Rabu, sepatutnya buat post wordless wednesday.. tapi saya tak boleh la buat post tanpa kata-kata.. haha :D

Sekian. Wassalam.. :) 


Photobucket