بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)
(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :)
Alhamdulillah
masih diberi peluang untuk meneruskan hidup :)
Tak
sangka dah berbulan-bulan saya tak update blog. Huhu...
Hish! Apa la! Dah lambat sangat nak publish blog raya ni. Plan nak publish blog time raya, tapi belum berkesempatan.
Lepas raya baru boleh publish. Takpelah.. hehe :D :)
Sebelum
nak cerita pasal raya, saya nak cerita dulu pasal majlis konvokesyen saya kat
sebuah kolej ni. (tak payah lah tahu kolej mana) huhu..
ALHAMDULILLAH. Tamat sudah pengajian kat kolej
ni. Sekarang saya dah rasa bebas. Huhu.. malas nak letak gambar konvo
banyak-banyak :P
Notis:
tulisan di perenggan bawah sengaja dikecilkan.
---------------------------------------------------------------------
Kalau boleh, saya memang nak sambung degree kat kolej ni je. Tapi, ada masalah sikit. Malaslah. Tak senang dan tak tenang nak belajar kat sini. Kalau hati tak tenang, macam mana nak berikan sepenuh tumpuan terhadap pelajaran? Yang paling saya tak suka, ada pulak makhluk-makhluk yang seakan memaksa saya untuk terus sambung belajar kat kolej ni. ISH! Sorry sikit! Suka hati le nak belajar kat mana. Paksaan bukan dengan cara kekerasan, tapi dengan cara psikologi. Pandai betul diorang guna cara ni untuk ubah fikiran orang lain. Ayah ibu saya pun tak paksa saya belajar kat mana. Macam saya tak layak buat keputusan untuk masa depan saya sendiri... hmm :(
Saya memang tak suka orang paksa-paksa ni. Selagi saya kata tak nak, selagi tu lah dia cuba nak ubah keputusan saya. Hmm.. Nak berjaya tak semestinya kat kolej tu je. Kat kolej lain, universiti lain pun boleh berjaya apa. First-class degree bukan ada kat kolej tu je. Tak payah nak bagi sesuatu yang semestinya kolej/universiti lain pun ada. Tak masuk akal langsung. Saya tak nak cerita yang tak elok pasal kolej tu. Tapi saya rasa kadang-kadang kolej tu melampau. Alhamdulillahlah saya dah tak terikat dengan kolej tu lagi. Kalau tak ada apa-apa hal, jangan haraplah saya nak buang masa datang ke kolej tu.
Dulu, masa mula-mula nak ambil Diploma kat kolej tu, pun kena paksa jugak. Macam yang saya cakap, paksaan menggunakan psikologi. Tapi, saya tak naklah menyalahkan takdir. Allah dah tentukan jalan hidup seseorang. Jadi, saya terima je. Kita merancang tetapi Allah merancang dan Dia juga yang menentukan. Dan ingatlah perancangan Allah itu adalah terbaik buat hamba-hambaNya. Allah takkan sesekali menzalimi hamba-hambaNya.. J
Bagi saya, dah habis Diploma dahlah. Lupakan je perkara yang lalu. Tapi, saya takkan biarkan PISANG BERBUAH DUA KALI. Saya ada hak untuk buat keputusan! Tiada siapa boleh ubah keputusan saya kecuali ALLAH! Muktamad. Huhu..
Ps: Bukan nak mintak simpati tapi nak menyuarakan ketidakpuasan hati. Ok. Stop! Tak nak cerita lagi.
---------------------------------------------------------------------
BILIKKU SYURGAKU ♥
Raya tahun ni, bilik semua tukar baru. Hehe.
Saya suka keadaan bilik saya yang sekarang ni tapi saya rindu pulak kat keadaan
bilik lama. Dapat jugaklah bilik yang saya impikan. Alhamdulillah. :)
Semua PINK! ;) ♥
Disclaimer: ni
bilik anak dara, bukan pengantin! Saya sukakan kelainan, sebab tulah saya hias
macam hiasan dalam bilik pengantin. Bagi saya, ni hiasan yang biasa je. Kalau
orang yang suka menghias, mestilah nak hias cantik-cantik. Betul tak? Menghias
bilik adalah salah satu hobi saya sejak saya dari Form 1 lagi. Saya memang
jenis yang suka bunga. Bila pergi je kedai bunga, mesti rasa nak beli je semua
bunga yang ada kat situ. Mana nak
tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Saya dan ibu ada minat yang sama. ;)
Mesti ada orang cakap, "Eleh, biasa je bilik dia ni."
Well, memang biasa-biasa je.. :P :D
Mesti ada orang cakap, "Eleh, biasa je bilik dia ni."
Well, memang biasa-biasa je.. :P :D
Bila ada orang
cakap bilik ni macam bilik pengantin, rasa geli lah pulak. Yelah, belum
terfikir nak kahwin lagi. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Nak
sambung belajar, cari kerja, balas jasa ibu dan ayah, jadi hamba Allah yang
solehah. InsyaAllah. (cakap memang senang, tapi kenalah usaha..huhu)
Ayah saya cakap, “Nanti
kalau ada siapa-siapa nak kahwin, tak payah upah mak andam untuk buat pelamin,
kita sendiri pun boleh buat. Lagi jimat kos..” (hehe). Betul jugak cakap ayah
tu. :P
Ibu pulak cakap,
“Akak belum lagi nak jadi pengantin. Buat apa nak hias macam ni?”. Lepas tu
saya cakap, “Tak semestinya pengantin je hias bilik macam ni”. Ayah pun sokong
kenyataan saya. Hihi :P
Hampir sebulan
bilik saya ni siap. Tempohnya sebulan sebab bilik ni nak direnovate dulu. Fuh,
penat. Tak cukup tangan nak buat. Tapi disebabkan nak bilik yang cantik,
kenalah buat jugak. Bersusah dulu bersenang kemudian. :D
Macam saya dan
keluarga. Kami tak kaya tak miskin. Sederhana je. Tapi, Alhamdulillah takde pun
sampai berhutang semata-mata nak buat persiapan raya yang mewah-mewah. Membazir
amalan syaitan. (Pendapat saya) Kalau boros guna duit sendiri takpelah jugak,
ni pinjam duit orang. Lepas tu tak boleh bayar balik...
Salah satu babak
dalam drama My Girl. Tengoklah aksi watak utama, Joo Yoo-rin (Lee Da Hae) yang
‘terpegun’ dengan bilik ni. Agaknya rumah siapalah yang diorang sewa nak buat
penggambaran ni kan? Serius, saya nak sangat bilik macam ni dan Alhamdulillah,
dapat jugak..hehe :P
Satu je yang saya
rasa terkilan sikit. Orang memang takkan tahu apa yang kita buat kat rumah.
Orang ingat kita melepak je tapi diorang tak tahu kita bertungkus lumus buat
kerja-kerja rumah. Terkilan sebab diorang buat andaian yang buruk dan tak
relevan. Ni lah penyakit masyarakat zaman sekarang. Sabar je la. Ada orang
ingat saya kat rumah tak buat kerja. Harap kat ibu je buat kerja semua. Hei!
Sorry sikit! Saya tak pasti kenapa ada orang fikir macam tu tapi apa yang
pasti, saya hari-hari buat kerja rumah. Buat kerja-kerja rumah tu rutin harian. Bukan sebulan sekali
baru nak buat. Kadang-kadang orang tak faham. Orang tak nampak, tapi Allah Maha Melihat.
Ps: Nasib rumah
saya takde CCTV, kalau ada, saya akan tunjuk kat orang apa yang saya buat kat
rumah hari-hari! (marah ni. Lepaskan tension kejap) :P
“orang takkan
berpuas hati dengan kita selagi mereka belum jumpa kelemahan diri kita”
Ni keadaan bilik time raya tahun lepas (2011). I
miss that pink beautiful lamp!
(time ni tengah tengok movie Barbie: Barbie
Fairytopia Magic of the Rainbow. Masih terserlah kebudak-budakan saya) :D
Ps: mana-mana cerita Barbie memang best! Bukan
budak je boleh tengok, mak budak, nenek budak pun boleh. :D
Ni pulak keadaan bilik tahun 2008-2009. Rindulah
pulak.. huhu (Agak bersepah sebab barang banyak tak tahu nak letak mana) Pening
jugaklah kepala bila tengok bilik bersepah...
Kalau nak tahu, ketiga-tiga gambar kat atas ni
ialah shot pada dinding yang sama, cuma hiasan dan reka letaknya berubah dari
tahun ke tahun.
Bilik saya dah banyak berubah. Saya rindu
keadaan bilik yang bawah sekali (2008-2009) ni. Banyak kenangan bittersweet
time tu. Kat meja yang agak bersepah tu lah banyak idea datang nak melukis... I
almost spent my whole time for drawing on that messy desk. Hihihi.. :D
Seriously, gambar raya tak banyak. Berapa kerat
je. Boleh dikira dengan jari. Tak sempat nak tangkap gambar sebab nak kena
uruskan hal lain. Takpelah. Janji ada daripada takde langsung :D
A Flower Queen with her Flower Princess. Siap
pegang bunga lagi. Macam kenduri kahwinlah pulak. Huhu
Ps: Queen tu ibu saya. Princess tu kami 3 beradik..
Ramai orang cakap, kami macam adik beradik bukan macam anak beranak sebab ibu lebih
kecik daripada anak.. hihi :P ♥
No caption...
Disclaimer: Gambar raya tahun lepas.
Juadah kami di pagi raya. Sentuhan air tangan
ibu memang sedap. Penuh kasih sayang. :)
Rendang daging, gulai nangka, lemang, ketupat,
kuah kacang & kuah lodeh. Saya selalu terlebih makan time raya ni. Masa
puasa, punyalah tak selera makan, bila raya, hah! Ambik kau! :D
Dan Alhamdulillah
dapat jugak duit raya tahun ni. Ingat dah ‘tua-tua’ macam ni dah tak dapat dah
duit raya. Agaknya umur berapa dah tak layak dapat duit raya ye? Haha... :D
Ok, dah habis pasal raya. Nak cerita benda lain
pulak.
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Some of my drawings ♥
Rindu zaman-zaman sekolah menengah dulu. Banyak masa
untuk melukis. Tapi, bila dah masuk kolej tahun 2009, dah takde masa sangat nak
lukis-lukis macam dulu. Sibuk dengan kelas, assignment, sibuk dengan internet
(haha). Maklumlah dah minat dunia IT, mestilah dah malas nak lukis-lukis ni.
“Bukan saya yang pandai melukis tapi Allah yang menjadikan saya seorang yang pandai melukis”.
Semua ni hanya pinjaman dan kita haruslah sentiasa bersyukur kerana apabila semua nikmat yang diberi telah kembali kepada pemilik mutlaknya, Allah, kita akan redha dan pasrah. :)
Semua lukisan kat atas ni dilukis antara tahun 2007 - 2011 ♥
Running Man Member : Haha/Ha Dong Hoon (2012). Dulu minat dengan dia ni.
Minat gitu-gitu je la. :P
Entri takde la panjang sangat. tapi nak meng-updatenya punya la malas. Haha..
Hmm.. tak tau nak cerita apa lagi.. Sampai sini je la.. :)
BTW, tahun depan, kehidupan baru bakal bermula. InsyaAllah.. :')
Sekian. Wassalam.. Hmm.. ♥
“Kalau kita telah kehilangan
barang yang kita sayang, contohnya: laptop, handphone.. etc. dalam apa-apa cara
sekalipun, anggaplah barang itu sudah kembali kepada Tuannya yang sebenar iaitu
Allah.
Walaupun dibeli dengan duit sendiri,
tapi pemilik mutlaknya adalah Allah. Kita hanya peminjam dan Allah lah yang
meminjamkannya kepada kita.
Sebagaimana kita semua adalah milik
Allah, semestinya barang milik kita adalah milik Allah. Ini semua dah cukup
membuktikan bahawa dunia ini juga hanya pinjaman dan sementara.. :)”
No comments:
Post a Comment