Saturday, May 28, 2011

Saya dan Teman Sejiwa.... ♥


بسم الله الرحمن الرحيم



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :)


Sebelum itu, nak tunjukkan wallpaper yang cantik ni… ^^

Ehem ehem… Teman sejiwa? Siapa tu? Hehe.




Ok, nak cerita ni, pasal SAYA DAN TEMAN SEJIWA?

Siapakah teman sejiwa saya? Tak lain tak bukan, ialah ADIK saya. Nama dia Suhermi Sofia.

Dia sekarang kat UiTM Penang. Jauh tu. Masa dia mula2 nak berangkat ke Penang, rasa sedih plak. :’(

Rasa macam tak boleh nak lepaskan dia pergi. Hmm, tapi sekarang dah ok da. Lagipun adik pergi sana sebab nak belajar. Bukannya buat benda lain.

Tapi, seriously, rasa kekurangan. Dah biasa sangat dengan dia. 
Suri memang rapat dengan adik. Tu sebab la kalau adik dah nak berjauhan dengan keluarga tu, rasa sedih yang teramat plak. 
Ibu pun siap menangis lagi sebab adik dah nak pergi dah...
Huhu..

Semoga perjuangannya dirahmati Allah. Fisabilillah!

Sebab kenapa Suri panggil adik Suri tu sebagai teman sejiwa;

1.  Pendapat dan ideologi Suri dengan dia selalu sama.
2. Kami selalu kongsi masalah bersama.

3.  Dia suka ceritakan pengalaman dia kat Suri dan Suri pun selalu buat perkara yang sama (especially time dia kerja kat Tesco, katanya, banyak pengalaman yang dia dapat sepanjang bekerja kat sana. Alhamdulillah)

4. Dia jugak seorang yang mementingkan aurat. Alhamdulillah la. ^^

5. Kami suka warna yang sama, warna PINK! :)

6. Kami memartabatkan baju kurung: perempuan melayu terakhir la katakan. Huhu.. :P

 Boleh dikatakan kami ni memang satu kepala! ;)

Gambar hiasan semata-mata. ^^



Bukannya dengan adik-adik lain Suri tak rapat, rapat jugak, Cuma kat adik Suri yang seorang ni je lah boleh diberitahu tentang apa-apa masalah. Huhu

Bila dia dah takde, terasa macam separuh jiwa dah pergi plak. 


Yelah, kasih antara saudara, mana boleh dipisahkan. Air dicincang takkan putus! 

Suri ada mohon nak masuk UiTM. InsyaAllah, mudah-mudahan dapat. Lambat sangat la keputusan tu nak keluar. Berdebar-debar ni.

Bersabar la wahai hati, lagi 2 bulan lebih je lagi, lepas tu kita bebaskan diri dan terbang ke tempat lain. Allah sentiasa bersama kita. (berharap sangat ni) :P

Dulu, masa mula-mula masuk belajar diploma kat Kolej YPC, terasa macam nak sambung degree terus kat sana. Tapi, tak jadi sebab, ada la sebabnya. Banyak masalah la.

Lagipun tak boleh nak berdikari. Lepas tu, asyik menghadap environment yang sama je. Boring sungguh! Kalau dapat lain-lain tempat kan bagus, boleh bertukar angin. Boleh la dapat cabaran baru dalam hidup ni! Perlukan pengalaman menjadi perantau. (ingat senang ke nak jadi perantau ni, kalau tak kuat iman, musnah hidup)

Sepertimana yang adik Suri (Sofia) cakap, “Kolej YPC tu boring la. Hari-hari asyik menghadap tempat yang sama setiap kali datang kelas”. Adik suri tu pernah ambil kursus jangka pendek atau Diploma Prep. Kat kolej tu. Tu yang dia kata boring tu. :P

Lepas tu, bila fikir2 balik, ada betulnya cakap adik tu. :P

Bukan nak menghina, Cuma berkata-kata. Sorry kepada yang tak bersetuju.


Lagipun, kalau dah habis belajar kat kolej tu, insyaAllah dengan serta merta Suri akan melupakan SESEORANG. Boleh je sebenarnya, Cuma ambik masa sikit. Hehe. Lagipun , tiada cinta sejati selain cinta kepada Allah! :P

“Jangan cari cinta manusia, ia penuh penipuan, kekecewaan, dan tak kekal.
Sebaliknya, carilah Cinta ALLAH, tiada penipuan, tidak akan pernah mengecewakan, itulah CINTA YANG ABADI, CINTA HAKIKI, CINTA SEJATI, CINTA YANG SUCI LAGI MURNI.”

Orang yang mencari jodoh adalah orang yang betul2 nak bernikah dan berkahwin. Bukannya untuk main2. Bukan untuk melampiaskan nafsu serakah!

Seorang lelaki dikatakan menghormati seorang perempuan kalau lelaki tu tak pernah sentuh perempuan tu dan menjaga kehormatan serta menundukkan pandangannya. Harap2 Suri akan berjumpa dengan lelaki yang macam tu. Tu namanya HORMAT! :)

Kesimpulannya di sini, Suri belum lagi nak kahwin, jadi, pasal jodoh dan cinta ni tak payah la terdesak! Belum tiba masanya lagi.

HANYA SELEPAS NIKAH!


Bercinta selepas kahwin adalah cinta yang diredhai ALLAH, manakala cinta sebelum kahwin tu, banyak mengundang murka ALLAH. syaitan ada di mana-mana untuk menyesatkan manusia dan memandang indah setiap perkara yang haram!

Ingatlah kalau lelaki dan perempuan berdua-duan, syaitan lah yang ketiganya. NAUZUBILLAH!



p/s: kalau ada jodoh takkan ke mana la. Jangan terdesak sangat. Suri ada impian, dia pun ada impian. So, apa kata berusaha untuk capai impian tu dulu. Jodoh akan datang tak kenal tempat dan masa. So, tak payah risau.  Suri nak mencintai seseorang kerana Allah. bukan kerana nafsu serakah semata-mata (NAUZUBILLAH)


 Sekian. Wasalam. ^^


Photobucket

Wednesday, May 11, 2011

Sombongkah Aku? (karya dari iluvislam.com)

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :)

Syukur alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang untuk bernafas hingga ke hari ini.. :')
Hari ni nak share salah satu karya kreatif dari iluvislam.com


Sila klik link di atas kalau nak tau originality artikel ni. :)

 Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu? 
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?
Ya, aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!
Bukan pada semua.
Tapi hanya padamu lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?
Kau bukan suamiku, perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada, tanyalah imanmu sendiri wahai teman.
Maaf, aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan.
Aku tidak peduli.
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku
Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.

Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak
Hanya untuk SUAMIKU, cinta halal bagiku.

Info artikel - JUM, 11 FEB 2011 10:03 | ANAKKECILMAABAH | EDITOR: EVERJIHAD


Ya Allahu Ya Rabbul Izzati….





Photobucket

Saturday, May 7, 2011

Cabaran 2 Minggu. :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :P



Remember Allah SWT and He will remember you.

When We Pray, ALLAH Hears More Than We Say. 
HE Answers More Than We Ask. 
HE Gives More Than We Imagine. 
But In His Own Time, In His Own Way. :) 
(copy from FB Heliza Helmi)

 (Suka dengan sentence kat atas ni) 
hayatilah betul-betul ayat kat atas tu ye? hehe Best! Tenang hati bila baca.. 
(tapi lagi tenang kalau baca al-Quran) :P

Dah lama rasanya tak berblogging (memang dah lama pun).
Tak tau nak tulis apa sebelum ni. Tak sabar rasanya nak pergi. Nak pergi mana? Ada la… Demi masa depan. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Mudah-mudahan. Amin…. :)

Cabaran 2 minggu? Cabaran apa? Cabaran.. cabaran… hmmm.. nanti la cerita.. huhu

 Saja je nak tau sejauh mana bertahannya diri ni. Kebelakangan ni, takde mood langsung nak online FB. Tak tau la kenapa. Sebenarnya banyak yang nak dikongsi dalam FB tu.


Jadikan FB sebagai Medium Dakwah

Nak share Firman Allah SWT, sabda Nabi Muhammad, kata-kata para sahabat Nabi Muhammad dan macam2 lagi yang berkaitan dengan Islam.  Dah tak nak dah cerita pasal personal matters kat FB tu lagi. Bukannya elok pun jaja cerita sendiri kat FB. Daripada kita buang masa dengan benda yang tak berfaedah, atau dengan kata lainnya, lagha (sia-sia), lebih baik kita jadikan laman social FB tu sebagai tempat untuk kita, umat Islam untuk berdakwah. Kan bagus? Dapat jugak pahala. Ini untuk akhirat jugak. ;)



Islam itu Indah, Islam Itu Kedamaian!
Islam itu Anugerah, Islam Itu Agamaku!
Fisabilillah! Berjuang ke jalan Allah! :)

Sekarang ni, Suri dah lebih menghargai hidup ni. Sebab kita hidup kat dunia ni, satu je, kerana Allah.
Jangan pernah berputus asa untuk mencari dan mendapat redha Allah. Kerana  kasih sayang Allah melebihi rasa murkaNya kepada kita.


alt


Selamat Hari Ibu! Semoga Allah memberkati ibu2 anda sekalian.



Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.


Betapa mulianya seorang wanita dan ibu dalam Islam.


Sesungguhnya Syurga itu Di Bawah Telapak Kaki Ibu! 

Sekian. Wsalam... :)

Photobucket