Sunday, February 20, 2011

Nur Afira Rahani~ ;)

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)

Assalammualaikum ;))

"Ya Allah Ya Tuhanku, bukakanlah hatinya untuk menerima hidayahMu...."
(Pembuka kata untuk hari ni) :)

Sekarang nih, mood aku dah okeh da.. hehe....
Tapi aku still tak tau apa sebabnya mood aku hilang tiba2...
Takpe, yang penting sekarang nih aku dah mula ada mood. hehehe~~~ ;))

Kebosanan aku akan hilang kalau aku jumpa adik saudara aku yang COMEL giler tu..
Sumpah comel...!! Aku sayang dia.. 



Nur Afira Rahani~~ 
My Baby.. (haha berlagak macam aku ni ibu dia plak) :P 





Afira~~~ Akak tak sabar nak jumpa Afira lagi nih. Rindu sangat2.... :D




Sekarang nih aku tengah recover daripada Chicken pox nih. Tak sangka plak aku kena. Yelah. Penyakit ni kan menyerang sesiapa je tak kira umur. huhu..
Tak dapat nak pergi kolej. :(
Kena makan ubat betul2, kalau tak, macam mana nak baikkan? :P
Yang penting ubat anti-virus tu. (macam anti-virus untuk komputer plak)
haha ;D

Aku dikira bernasib baik sebab aku kena tak teruk sangat. Ada orang teruk sampai kena masuk hospital. Alhamdulillah la. Dah nak baik. 

Penyakit ni takkan datang kat aku kalau itu bukan kehendak Allah.
Lagi satu, jangan merungut atau membenci penyakit yang datang pada kita.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Allah takkan jadikan sesuatu perkara tu sia-sia kalau akhir sekali, Allah wujudkan hikmah di sebalik musibah yang menimpa kita. Aku mulai insaf dan sedar diri. Kita hanya hambaNya yang lemah dan hina di sisiNya.

Artikel kat website ILUVISLAM.COM  banyak bagi nasihat kat aku secara tak langsung. 
Nasib baik aku ni jenis yang suka membaca hal-hal agama. Terbuka pintu hati kalau ada bab-bab agama ni. Memang aku suka sangat2 website ni. hehe  ;)) 

Firman Allah yang bermaksud,

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4) 



Iluvislam



Lagi Sayang... Lagi Diuji

Artikel kat atas ni best! Rugi kalau tak baca.. hehe 
(ps: artikel ni buat aku terharu. tapi bukan artikel ni je, artikel lain pun) :) 

"Kadangkala Allah sembunyikan matahari. Allah datangkan petir dan kilat. Kita tertanya-tanya kemana menghilangnya matahari. Rupanya, Allah nak hadiahkan kita pelangi."
Renung-renungkanlah dan selamat beramal . ;)


Khas untuk awak, awak dan awak...
Terima kasih sebab pernah menjadi penawar hati saya selama ni. Saya hargainya sampai bila-bila... :'))

Photobucket

Wednesday, February 2, 2011

Risau Tanpa Sebab! :-|

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)

Assalammualaikum :-/

Aku sebenarnya dilanda kerisauan tanpa sebab yang munasabah!!
Sumpah aku tak tau apa sebab aku risau......
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Allah je yang tau kenapa... 

Doa ketika berasa risau:



Sumber daripada artikel,


Takde Mood/Risau/Resah/Gelisah

Kebelakangan ni, aku rasa macam takde mood la. Buat tu tak kena, buat ni  pon tak kena. Aku tak senang duduk. Ada je benda yang aku nak risaukan. Ish! Entahlah. Aku nak update blog pon takdak moooooood.. haha~ (gelak buat kesekian kalinya walaupon aku tak tau apa motif aku gelak :P)

Aku memang takdak MOOOOOOOOOOOD!! Serius ni!
Entah2 ada sesuatu yang akan berlaku??? Ish...Jangan fikir bukan2 lah!

Sekarang nih... sekarang nih kan....
Aku rasa FACEBOOK dah macam FACEBERUUK da.. haha :D
Aku dah mula rasa suasana FB dah muram, kelam dan malap!
Lagi buat aku takdak mood.. adoyaiiii....

Kenapa la dengan aku ni......
Nak kata period, tak jugak....
Selalunya orang tengah period la yang mood tak menentukan kan?
So, kenapa aku yang tak period ni mengalami hal yang macam ni?? Adoooiii....

Kalaulah aku boleh pergi ke tempat macam ni.......... Subhanallah, Masya-Allah.... :')

Tempat macam ni boleh hilangkan stress sebab ada unsur ketenangan dalam suasana ni kan? Ni semua kan alam ciptaan Allah. Semuanya indah2 belaka. Dialah sang Pemberi Ketenangan.... :'))

Hmmm.. mungkin sebab aku terlampau banyak fikir yang bukan2 kot..Eh, tapi mana ada aku fikir yang bukan2.... Whatever la...
Mohon dijauhi daripada perkara yang tak baik....

.Kalaulah kat belakang rumah aku ada taman macam ni, memang seronok gileeerrr la aku.. hehe ;))

Taman ni macam ala-ala Inggeris... Bukan macam lagi.. Memang betul kot? 
Semua ciptaan Allah tu menenangkan...... Masya-Allah...



Aku berangan2 nak pergi ke taman bunga yang penuh dengan bunga, bunga, bunga......

Aku nak tinggal kat taman bunga tu selama-lamanya sampai bila-bila.... Tapi layakkah aku?
Andai ditakdirkan Allah yang aku akan berjumpa dengan seorang lelaki soleh: yang boleh membimbing aku ke jalan yang benar dan jalan yang direhdai Allah, aku akan berdoa dan bersujud penuh kesyukuran tanda aku mengagumi kebesaran dan kekuasaanNya. Amin.. :')

Sekarang, aku dah rasa okey sikit.. Tapi tak tau la nanti... hmm....

Mohon supaya Allah lapangkan dada aku.... 

Wsalam...


Photobucket