Friday, January 13, 2017

Ejen Ali: Beyond Expectation!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera ;))

Ok, first of all. Tolong jangan kecam sis. Bukan budak je suka tengok Ejen Ali tau. Mak budak pun suka. Sis memang suka tengok kartun comey + smart gini. Hahaha 😍😜😉

*Eh tapi sis belum kahwin lagi tau. Hehe 



Ejen Ali Review

Setakat entri ni ditulis, baru ada 11 episod start bulan April hari tu, episod  12 bakal menyusul. Tak sabarrr. Mak aih dah berapa kali Jumaat, tapi episodnya baru sikit. Mungkin ada masalah kot or whatever the reasons. Baca komen2 orang kat FB Ejen Ali tu, dorang komplen dok ulang je, bila episod baru nak ada. Haha. 13 episod je. Sikit sangat. Huhu. Kesian siapa yang layan awal tu. But it doesn't matter. Sis pun kira layan awal jugak la sebab series ni belum tamat lagi. Tapi penantian tu satu penyeksaan... Huehuehue 😝😜

About Ejen Ali



Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak berusia 12 tahun bernama Ali; yang kurang pandai dalam pelajaran, kurang kasih sayang dari keluarga (ayah sibuk kerja, mamanya dah meninggal dunia). Dan terjebak menjadi ejen rahsia MATA selepas dia secara tidak sengajanya mengaktifkan teknologi perisikan bernama IRIS di mana ia digunakan untuk mengoptimumkan pergerakan dan tindakan terbaik untuk si pemakainya dan untuk meramal pergerakan musuh. (Ok, sis suka plotline dia 👍)


Mula-mula fikir kenapa bagi nama Ejen Ali? Dah tu google punya google dapat la jawapannya. Director dia nak nama yang common kat Malaysia ni. Nama yang orang dok selalu sebut especially dalam buku teks sekolah. Haha. Ok. Make sense. Ali, Ahmad, kan popular nama tu kalau nak buat ayat contoh ke apa ke. Rindu pulak zaman sekolah. :P

Sebelum ni, sis pun ada tengok teaser Ejen Ali ni kat tv dulu. First impression ingat kartun omputih. Serius! Haha. Tapi last kat trailer tu tetiba muncul perkataan Ejen Ali. Woahh Malaysia punya rupanya. Mesti best. Macam BoboiBoy. Tapi BoboiBoy ni banyak lawak sengal je. Time lawan2 tu pun bukannya serius pun. Lawak lagi adalah. Haha. Sakit perut gelak kot. Ingat lagi adik sedara yang bukak youtube, sis pulak yang gelak over. Aduii. Tapi sis sebenarnya takde layan sangat pun Upin Ipin & BoboiBoy ni. Terjebak sekali tengok bila adik sedara yang sibuk nak tengok. So, I'm not a fan for both of them, but I enjoy watching them. BoboiBoy the Movie pun sis tak tengok. Rasa macam alah malas la. Hahaha



Cehhh. Jatuh cinta tengok part ni. Dalam hati cakap, wow comey + smart + hensem kartun kali ni. Haha. Mohon jangan kecam sis. Tapi.... lepas tu sis dah lupa dah kartun ni. Lagipun sis tak tengok tv sangat. So tak alert bila Ejen Ali ni start ditayangkan. 

Sis start layan bulan 10 ni la. Streaming / download. Tetiba rasa nak tengok. Ingat dah banyak episod dia. Start dari bulan 4 lagi kan. Teringat pulak hari tu ada tengok teaser dia. Sebabnya tertarik tengok Ejen Ali dengan rambut pacaknya tu. Hahaha. Once tengok episod 1, terus jatuh cinta. First time jatuh cinta dengan kartun Malaysia tau. Hahaha 😍


Dari sis punya perspektif, mostly kalau kita tengok citer pasal hero, agent, spy, detective and whatsoever, yang si ejen ni mesti intellengence dia tahap genius nak mampus kan. Tengok je la Big Hero 6, si Hiro tu genius gila. Hahaha. Graduated in high school at 13. 13 okay? 😝😜


Lain pulak dengan Ali, seorang budak yang kurang pandai dalam pelajaran, kurang disiplin (datang lambat ke sekolah) & seorang yang clumsy. Tapi baik hati & prihatin suka bantu orang. Mula2 sis tak letakkan harapan yang tinggi kat animasi ni, tapi bila tengok, best jugak. Better than Upin Ipin & BoboiBoy.👍

  



Cara dorang lawan pon nampak best & realistik. Tak kekok. Setaraf kartun animasi luar negara. 





Compare dengan Upin Ipin & BoboiBoy, Ejen Ali ni unik sikit. Nak cakap sesuaila untuk golongan dewasa tengok walaupun target audience dorang untuk budak belasan tahun dan ke bawah je. 




Makin lama makin best pulak Ejen Ali ni. Bila tengok episod 7 & I can say it's beyond expectation. Bukan setakat tipikal citer kartun biasa. Ada unsur misteri, sentimental & drama. Pandai jugak team production bermain dengan emosi penonton. Macam drama Korea tu. Syabas! Keep it up Wauriors! (Wau Animation)
Segala mak bapak abang kakak nenek budak suka tengok sekali tau. Syabas! 👏👏👏
Ok, over. Maafkan sis. Haha


Identiti rahsia; Uno. Bos Dos & Trez. Ramai buat analisa bahawa bos jahat ni ada kaitan dengan MATA dulu. Mungkin nak balas dendam? Refer episod 7... :D

Cara budak & orang dewasa tengok kartun berbeza. Budak2 tengok sebab nak seronok2. Tapi orang dewasa tengok dengan penuh penghayatan kot. Tak tipu! Macam sis la. Hahaha. Sis suka analisa plot & storyline sesuatu cerita tu walaupun citer budak2 sekalipun. Even kesalahan kat setiap scene pun sis perasan tau. Contoh, scene kat rumah Ali (ep 4). Perhatikan. Hehe




Nampak tak? :P
*** Continuity mistake :P

Maybe sebab sis dah biasa tengok movie sins. Selalu citer Hollywood yang buat ni untuk movie2 dorang. Tengok kat youtube. Banyak. Just for fun ok! Take it easy. Depa kata, no movies without sins. That's true. Hahaha. Bukan sengaja nak cari kesalahan dalam scene tu pun, cuma dah ternampak. Jadi saja share. Hihi. Sis tau animation ni bukannya senang nak buat apalagi yang berkualiti macam Ejen Ali. Makan masa. 😉



One more thing, start from episode 3, I smell love & sweetness. Ececece. Love? Oh yea antara Ali & Alicia tu ha. Ali cia cia cia (nampak orang komen macam tu kat FB). Hahaha. Walaupun dorang asyik gaduh je, tapi nampak jugak la sweetnya kat situ. Ececece. Why not kan? Ala tak payah buat dorang bercinta, just suka dalam diam pun dah ok. Lagi sweet kalau gitu. Dalam episod 7 tu, tengok macam teruk je Ali & Alicia gaduh. So intense! Stress pulak sis tengok. Haha






Kan dah kena tumbuk! :P :D




Tapi scene last tu macam sweet je Ali selamatkan Alicia. Start from there, they started to develop a good relationship. Ali cia cia cia. Haha 😜😉


Haha. Kesian. Dah tolong selamatkan Alicia tapi balasannya kena tumbuk lagi. It's because Alicia doesn't want to show her fragile side to Alicia. :P :D



Yang paling tak tahan bila Viktor (kawan baik Ali) bagi nasihat kat Ali yang kaum lelaki ni kena sentiasa tolak ansur dengan kaum wanita. Tak bersalah pun kena mintak maaf. Mak aihh. Hamboihh dewasa sangat pemikiran tu. Sedarlah kau baru 12 tahun kot. Hahaha. Tak pun, saja nak perli sebab ada phrase yang mengatakan, Women are always right. Kan? 😂😂😂

Episod 8 tu banyak throwback episod lepas2 je. Episod 9 best. Selama ni kan Ali tu seorang ejen yang clumsy, kelam kabut, tak dengar arahan. Episod kali ni, Ali berjaya jumpa potensi dia yang sebenar. 


IRIS Override Mode

Tak tahan time Ali nak bagi lollipop kat Ejen Rizwan tu. Tapi kena reject. Haha. Comey je. Part Ali ikut style Ejen Rizwan dengan lollipop pun lawak! 😂😂😂




Banyak kali Ali gagal nak optimumkan penggunaan IRIS, tapi lepas dah berlatih betul2 dengan Ejen Rizwan, dia dah improve. Tapi nampaknya Ejen Rizwan macam ada agenda lain je. Mungkin dia nak pergunakan Ali untuk kepentingan dia sendiri. Alicia terus berubah perangai: jadi pendiam & tak nak ambil tau pasal misi lagi. Tapi dia ada bagi amaran kat Ali supaya  berjaga2 dengan Ejen Rizwan tu. Something fishy there.

Possibily there is connection between what Ejen Bakar has said ealier to Ali, the Inviso leader who was left behind is Ejen Rizwan's mentor, that's the reason he becomes a cold-hearted person and maybe he wants to get revenge on behalf of his mentor (we already suspect that he is the culprit)

Ali literally improves a lot! He even activates IRIS Override Mode! Where he doesn't just can predict & calculate his action & the enemies, but also can hack & control the movement of his surroundings via IRIS. But maybe it only works when he is in a emergency state! He couldn't switch on the tv. Haha. Finally, Ali & IRIS are meant together.

Jenny also said maybe the activation of Override Mode is the reason why the project is terminated. Too dangerous if it falls on to the wrong hands. Haa hambik. English terus. :P


Episod 11 (tarikh tayang, 06 Jan 2017) makin suspense dengan tertangkapnya Bakar (suspek curi data IRIS) dan kemunculan Uno. Seriously, Ejen Ali memang animasi terbaik buatan Malaysia. Macam yang Sis mention kat atas, Ejen Ali ni sesuai untuk semua golongan umur. Bukan takat budak2 je. Haha. Nervous jugak la tengok animasi ni macam Sis tengok drama Korea. Ala2 Detective Conan pun ada jugak ni. Tapi baru2 ni Sis tengok  Detective Conan: The Darkest Nightmare Aduh! Tak best langsung. Siapa yang tengok kat wayang tu memang rugi la. Serious cakap tak best! Huhu


Tak sabar nak tengok episod 12 hari ni, 13 Jan 2017! Nervous ni! :D



Ok, setakat ni je la review. Huehuehue. Till next time. :)

Photobucket

No comments: