Friday, March 14, 2014

White Rose: My Cute Little Bunny :)

بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)

(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera :)


Tada~~~ Introducing my Little White Rose. ;P

Entri kali ni saya nak cerita pasal haiwan kesayangan saya... hehe
Dulu (masa form 4 atau 5), ada bela kucing kat luar rumah. kesian jugak sekor-sekor mati. Kucing liar/kucing yang orang buang selalu datang rumah kami. Tapi kami jaga juga, bagi makan minum, tempat tinggal. Dah berapa tahun rumah kami takde bela kucing. Huhu.

So, bulan 2 hari tu tarikh 15, untuk pertama kalinya nak bela arnab. Beli kat downtown Cheras. Time nak pilih tu rambang mata. Semua comel-comel especially yang warna putih. Hehe. 
Lama dah usha-usha arnab ni tapi belum bersedia lagi nak bela sebab banyak perkara kita kena consider sebelum bela pet ni. 


Tapikan, lepas beli, tak tau kenapa dalam hati rasa bersalah. Kenapa ye?
Saya rasa macam saya tak patut bela arnab ni. huhu.. tak taulah kenapa.

Sebelum saya cerita lebih lanjut pasal arnab saya ni...
Sekarang satu dunia kecoh pasal kehilangan misteri MH370. Dah lebih seminggu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mengikut perkembangan terbaru, PM Najib cakap kemungkinan MH370 dialihkan laluan secara sengaja oleh pilot yang ‘professional’ atau kata lain dirampas. Allahualam.
Tapi, bagi saya lega rasanya kalau MH370 tu dirampas tapi bukan terhempas. At least masih ada harapan buat keluarga semua mangsa tersebut bahawa semua penumpang dan krew-krew masih hidup. Cuma tak diketahui lokasi mereka sekarang. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mudah-mudahan mereka semua (penumpang, krew-krew MH370 dan keluarga mangsa) tabah menghadapi situasi cemas dan menyedihkan ni. Kembalilah pada Allah.

Apapun, jangan putus asa. Keep on praying. Allah bersama kita.
Wherever you are, we just hope that you will safely return to us. May Allah grant our wishes. Amiin.
PrayForMH370


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok, kembali kepada topik asal. 

Mawar merah indah sekali,
Mekar sungguh di pagi hari,
White Rose nama diberi,
Putih bulunya, bertubuh kecil namun lincah dan comel sekali.

Ceh, nak berpantun pulakkk. . . :D

White Rose; A Cute Little Bunny  :D
Seronok tengok kerenah White Rose ni.
Lompat sana-sini,Lari sana sini. Geram je tengok. 
Nak ramas-ramas je tapi memandangkan White Rose ni kecik lagi (sebulan), so kena jaga-jaga sikitlah. Takut tulang dia tak kuat lagi. Haha ;)

2 sebab kenapa saya bagi nama dia White Rose:
1. White, maksudnya putih. Arnab ni bulu dia putih.
2. Rose, sebab saya peminat bunga mawar. 
Nickname saya je pun dah Mawar MahSury. haha :D

Saya suka nama yang elegan je. :P
tapi, apa yang pasti pemberian nama White Rose takde kena mengena 
dengan Ariana Rose atau Mawar Fareeda tu ok? haha. Seriously saya tak berapa nak suka nak layan citer tu. 




 Best sangat tengok dia aktif.
Dalam sangkar dia, ada letak card board, jahanam benda tu digigit-gigit di carik-carik macam dia tengah marah. Haha
Agresif jugak rupanya arnab ni. Ingat biasa-biasa je.

Ingat lagi, time saya nak solat, bentang sejadah. White Rose sibuk nak bertenggek atas sejadah sama. Jadi, saya fikir mungkin dia suka alas yang lembut. 
So, belikanla dia floor mat yang lembut tu (of course tak guna jadi alas kaki). 
Letak dia atas floor mat tu, terus lentokkk.. Alololo comelnyaaa.. geram betul.. :D



Risau jugak kalau tak dapat bela dia dengan baik. Takut nanti ‘terdera’ haiwan secara tak sengaja. Huhu. Tapi, tengok dia ok je. Tak tau la kalau dia stress ke. 
Ada baca satu artikel pasal arnab ni, orang kata arnab mudah stress. 
Mungkin disebabkan keadaan sekeliling dia. 

Dan stress boleh menyebabkan kematian. Jadi, jaga kucing lagi mudah sebenarnya daripada jaga arnab. Tapi saya suka arnab pulak. Hehe. Minat orang masing-masing. Tak sama. :D


 Pelik jugak dalam gambar White Rose nampak macam besar, tapi hakikatnya badan dia kecik cinonet je. Haha



Baru tau arnab pun boleh lunjurkan kaki belakang macam kucing. 
Terkejut jugak tengok dia macam tu. Terus snap pic. Haha
Kan best kalau arnab boleh terlentang macam kucing jugak. Geram den. Hehe 


Kan best kalau arnab pun boleh terlentang macam gini; (CUTENESS OVERLOAD!) 

Dan gini :D (ps: ni dah kenapa? Lain macam je? Haha :D)
Sumber: Google


Arnab pun tau nak beratkan badan dia konon konon tak suka la orang angkat dia. Haha. Gedik. Tapi memang betul, arnab tak macam kucing. Kucing terlebih manja. 
Jadi, kucing memang sesuai dipeluk. Tapi arnab lain, belai-belai je pun dah cukup, tak payah sampai peluk. Memang diaekor tak suka dipeluk. That is not their bunny's nature. Diaekor? Haha.








Arnab ni tak boleh 24 jam dikurung dalam sangkar, kena lepaskan jugak biar dia bebas. So, saya selalu lepaskan dia dalam bilik. Alhamdulillah, dia tak kencing merata-rata tapi dia selalu berak merata-rata dalam bilik. Nasib baiklah najis dia keras. Kalau tak, memang tak la nak bela dalam rumah. kena bela kat luar la gamaknya.

Seronok jugak bela arnab ni. Seronok tengok dia lari sana sini, lompat sana sini. Main sorok-sorok pulak tu. Pandai jugak dia main sorok-sorok. Gedik betoi! Haha :D Banyak betul kenangan sepanjang jaga White Rose ni. :')


Banyak betul kenangan sepanjang jaga White Rose ni. :') 


Saya memang suka ambik gambar, so White Rose jadi modelnya. Kena 'buli' kejap. Kesian die.. :P 


Macam-macam nak letak, fluffy glove, Rose brooch & Flower headband. Ada-ada je kan saya ni? haha Teruk betulll :D


Sekian, Wassalam :)

Photobucket

No comments: