Sunday, September 22, 2013

Syawal 1434: Perak - Pulau Pinang - Pahang



بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)

(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :) 

Ok, hari ni saya nak update pasal perjalanan kami sekeluarga ke Perak, Pulau Pinang dan Pahang... Sepatutnya dari KL boleh terus hantar adik saya (Noni Azmira) balik ke UiTM Jengka, Pahang tapi dia kata tak nak balik awal sebab kawan-kawan dia belum balik hostel lagi... Kami dah decided nak hantar adik saya yang satu lagi, Suhermi Sofia balik UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang dulu lepas tu patah balik nak ke Pahang..

Jauh tu dari Penang ke Pahang.. tapi nak buat macam mana.. Lagipun kami plan nak bercuti singkat (singkat la konon) kat Bukit Merah Laketown Resort, Perak.. makan angin sikit memandangkan kami sekeluarga dah lama tak bercuti.. 

Ni kat perhentian mana entah, tak ingat.. huhu. Kami bertolak malam.. 

 Kucing yang ada kat perhentian tu.. Pandai pulak posing lagi-lagi kalau nampak kamera cantik macam kamera saya kan..?? :)



Kami nak p mandi-mandi sat.. hehe :)


Seronok mandi kolaamm hehe  :D

Adik-adik yang nakal! :P

Saya ;)


Kami beli lunch kat sini.. Hmm.. nasi ekonomi? Ekonomi la sangat~~~
Mana-mana tempat pelancongan takkan ekonomi punya.. Mesti banyak duit habis.. huhu

Time tangkap gambar-gambar ni semua, saya dengan berani matinya bawak kamera kat kawasan air.. Berani kan? 

Adik-adik saya dah cuak dah takut kamera tu terjatuh dalam air,tapi nak buat macam mana, takde orang yang nak tolong tangkapkan gambar.. so, saya pandai-pandai sendiri la.. nanti takde kenangan pulak mandi kat kolam... hehe ;D

Tu diaa.. kat tengah-tengah kolam tu~~ kolam sedalam lebih 1 meter -  beraninya saya~~ kalau rosak kamera tu dek terjatuh dalam air tak boleh salahkan sesiapa la.. salahkan diri sendiri.. sendiri cari pasal.. huhu

------------------------------------------

Disclaimer: gambar 2 tahun lepas~ November 2011~ 
Macam tak percaya rupanya gambar-gambar ni dah 2 tahun simpan dalam hard disk.. kenangan~~ ;) 


Kalau nak baca entri saya untuk gambar-gambar ni, boleh klik sini hehe

Ok, sambung balik.. 

 Tangan dah mula gelap sebab sunburn.. Dah pakai sunblock tapi tetap terbakar jugak.. Ada buat research, nak putihkan balik kulit yang terkena sunburn guna tomato dan lumur pada kulit.. Ok! set, lepas ni nak amalkan.. hehe :P

Naik chairlift nak pergi ke Eco Park.. ha.. kat situlah jodoh kami bertemu arnab-arnab yang comel-comel belaka.. eee geramnyaaa ~~ 

Ada ciri-ciri seorang photographer tak? :P

Baru tau tumbuhan ni namanya POKOK SEPIT UDANG


Alololo comelnya die makan~ 



Dapat jugak dukung arnab... Kami pencinta haiwan~ lalala ;P

Dari kiri, saya, Suhermi Sofia, Noni Azmira n Nor Azmi..
Adik saya yang Mira tu dapat dukung 2 arnab.. tak aci tak aci not fair..  haha  

Tak pasti apa motif arnab ni gi gigit tudung saya.. haha :D



Arnab-arnab ni banyak yang dah tua, tapi still comel-comel lagi~~ ;)

 Anak kambing ni sangat aktif ok? Terlompat sana sini.. Risau jugak takut hyperactive sangat dan mencederakan arnab-arnab dalam kandang tu.. Saje je la tu nak tunjuk action depan pelawat-pelawat.. Amboi.. kelaih kau jah.. haha~





Ni entah apa entah nama dia... macam seram je jadi tak nak naik..huhu 

 Makan malam~ ;)








Nak tulis satu entri je pun memerlukan sekurang-kurangnya 2-3 minggu.. haha Sekian.. Wassalam ;)



Next entry teaser! Stay tuned! ;)
Photobucket

Tuesday, September 3, 2013

Syawal 1434H: Beraya dengan belon :D


بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)

(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :)

Lama betul tak update blog. Maklumlah keberadaan internet di rumah tiada. Haha :D

Seperti yang dijanjikan, hari ni saya akan post pasal tangkap gambar raya bersama beloonnnn.. hehe
oh, sebelum tu, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin :)


Macam nak sambut birthday pulak! ;)
Maklumlah lepas dah dapat kamera baru ni, macam-macam gambar nak tangkap especially gambar yang unik dan jarang dibuat orang. Hehe. Tapi sebelum itu, nak cerita pasal jantung hati saya yang terbaru ni.


Tadaa... ni la kameranyaaa: BABY PINK SAMSUNG SMART CAMERA NX1000. Saya beli tarikh 23 Julai 2013. Excited sungguh ok bila dah beli kamera ni. hehe Alhamdulillah. :P

Kamera ni BUKAN DSLR seperti yang saya selalu nak sebelum ni, tapi kamera ni ada fungsi DSLR + kualiti gambar dia sebijik macam DSLR. Lens kamera ni boleh tukar-tukar dan yang paling saya suka warna kamera ni Baby PINK! Awesome! Hehe..

Kamera ni trend terbaru sekarang. Mirrorless or Interchangeable lens camera with DSLR functions.



Some people amazed by my camera stunning color. Tapi, hello cik abang, saya tak cat kamera ni. memang saya beli kamera ni originally pink. Haha :D


First self-portrait taken by NX1000 <3 nbsp="">

Kalau saya beli DSLR, takde pun warna pink-pink macam ni. Banyak warna hitam merah bla bla bla... not my taste. Huhu.. at least dah dapat kamera macam ni, dah bersyukur dah dan senang nak guna walaupun pada mulanya saya agak pening nak control functionnya. Daripada beli DSLR, lepas tu tak tau guna, lebih baik tak payah beli kan kan kan? :D

Plus, DSLR tu besar, nak menjinjingnya berat.... tapi kalau beli kamera yang kecik sikit, ada function DSLR, dah ok dah tu. 

Tak kuasa la nak angkat berat-berat. Nanti tali kamera tu asyik kena gantung kat leher je. Dahlah saya tak suka gantung-gantung kat leher ni. Serious rimas! :D

Walaupun kamera saya ni dah disediakan tali, tapi saya tak guna sangat pun sebab kamera ni ringan je. 


Kalau kamera kecik, boleh lah sumbat sekali dalam beg.. tak payah susah-susah pikul beg kamera tu sendiri. Rimas kalau pikul banyak beg ni.. hehe




Ini bilik saya. Tak banyak perubahan berbanding tahun lepas... ;)


Ramai orang kata, kamera jenis ni sesuai untuk beginner. Dan saya seorang beginner. Saya suka sangat-sangat bidang fotografi ni. 
Tapi, rasanya saya lebih sesuai jadi Freelance Photographer je kut ataupun Amateur Photographer. Hehe ;)


Saya memang suka gila-gila effect close-up yang mengaburkan background dan focus pada objek di depan. Hehe. Jangan ditanya kenapa saya jakun sangat pasal effect ni ok sebab ni first time. :D



Location: My pink room




Syok sendiri kejap dalam bilik. :P




Doing preparation for photoshoot. :D


Haha.. sotong-sotong.. :D



 


Syok sendiri je.. :P

 

Ok, motif kat sini: laptop saya paling comel.. huehuehue.. jangan jealous... :P

Laptop ni disusun mengikut tahun belinya..

Acer hitam (2008) - Sony Vaio pink (2011) - Asus pink (2011 - beberapa bulan selepas saya beli Vaio) - Acer biru (2013) 

Laptop hitam tu banyak kenangan. Terkenang time kitorang berebut-rebut nak main laptop sampai kitorang tetapkan berapa jam seorang boleh pakai laptop. haha.. kelakar lah pulak. Yelah, mana taknya, baru kenal teknologi kan masa tu, mana tak jakun. hehe.. tapi sekarang terkenal dengan tablet dan smartphones... tak obses sangat pun dengan laptop ni lagi... 

Saya pun ada satu tablet: Samsung Galaxy Tab 2 7.0 :P







One happy family at home full with colourful balloons. ;)





  
Bahagia dengan kamera baru. Hihi <3>


Posted photo tagline @Facebook_MawarMahSury: ‘Air dicincang takkan putus’

Teruja dengan gambar yang ditangkap melalui kamera ni. huehuehue :D


Gambar beraya dengan belon ni tak berapa nak banyak sebab kitorang dah kelam kabut nak hantar adik-adik (Sofia dan Mira) balik UiTM. 

Apa la UiTM ni, bagi cuti sekejap je. Tak betah duduk kat rumah. Time ni pun terpaksa tolak kehadiran saudara dari Selayang semata-mata nak hantar diorang ni. huhu... nak buat macam mana, bukan kita yang mintak.  

Last but not least, to be continued... Stay tuned! wueuewewew :P

Sekian, Wassalam... :)


Photobucket