بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Wahai kakakku,
Mengapakah lemah sungguh ,
Kaum hawa itu ,
Asyik berteman ,
Tangis dan sendu sahaja.
Kakak berkata :
Wahai adikku ,
Bukan wanita itu lemah ,
Dek tangis dan sendunya,
Tetapi di situlah wahai adikku,
Kekuatan bisa meleburkan ,
Hati seorang lelaki ,
Menjadi izzah (mulia) ,
Yang paling gah,
Bahkan lebih gah ,
Dari egonya seorang lelaki,
Kerana sendu rayunya,
Musa A.S terselamat ,
Daripada kekejaman Firaun.
Duhai adikku,
Lembut wanita itu bukan lemah,
Tetapi senjata,
Adik berkata :
Namun kakakku,
Wanita itu fitnah dunia,
Kakak berkata :
Pernahkah adikku dengar ?
Pesanan Illahi kepada hambanya?
“Wahai lelaki-lelaki yang beriman ,
Tundukkanlah pandanganmu
dan tutupkanlah auratmu ,”
Cuba adik nilai ,
Pada siapa terlebih dahulu
Allah dahulukan pesanannya ?
Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal (kaum lelaki) ,
Kerana andai si lelaki ,
Menjaga pandangannya ,
Maka tidak mungkin akan terlihat ,
Akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya ,
Dan tidaklah Allah lupakan,
Pesanan buat wanita ,
Agar memelihara auratnya ,
Kerana di situlah kehormatannya ,
Bukan fitnah semata-mata ,
Jikalau Ar-Rijal dan An-Nisa’,
Sama-sama mematuhi ,
Pesanan Illahi itu !
Sesungguhnya wanita yang beriman dan solehah itu ,
Lebih baik daripada ribuan lelaki soleh .
Adik bertanya :
Tapi kakakku ,
Kenapa wanita itu ,
Menjadi peragaan.
Wahai adikku sayang ,
Al-Haya’(sifat malu)
Ada dalam diri setiap insan ,
Wujud seiring dengan nafas insani ,
Dan Al-Haya’ itulah pakaian iman,
Pada diri wanita itu indah Al-Haya’,
Sebagai pembenteng diri ,
Namun ,
Bila mana Al- Haya; itu lebur ,
Imannya runtuh ,
Kenapa mereka merelakan diri ,
Menjadi peragaan?
Kerana mereka sebenarnya paranoid ,
Merasakan diri tidak cukup menarik ,
Mereka sebenarnya ,
Yang kalah dari segi psikologi.
Namun adikku ,
Wanita solehah itu ,
Pasti melindungi diri mereka ,
Daripada perbuatan murahan itu ,
Wahai adikku ,
1001 keindahan penciptaan wanita ,
Pandai-pandailah dikau menilai ,
Antara permata dan debu-debu pasir .
Wahai adikku ,
Janganlah adik gusar ,
Tatkala tiada lelaki ,
yang hadir memetikmu ,
Dan jangan engkau sekali-kali ,
Merendahkan diri….
Menggugurkan diri…
Menyembah tanah ,
Sedangkan engkau sebenarnya ,
Telah Allah jadikan ,
Begitu tinggi martabatmu .
Harap korang semua memahami maksud artikel di atas..
Artikel ni bukan daripada saya.
Daripada sumber lain... ;)
No comments:
Post a Comment