Tuesday, April 20, 2010

Antara Bidadari dan Penghuni Syurga ;)


بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



Sila klik gambar untuk menonton videonya. :)

Adik  bertanya  :




Wahai  kakakku,
Mengapakah  lemah  sungguh ,
Kaum  hawa  itu ,
Asyik  berteman ,
Tangis  dan  sendu  sahaja.

Kakak  berkata :
Wahai  adikku ,
Bukan  wanita  itu  lemah ,
Dek  tangis  dan  sendunya,
Tetapi  di situlah  wahai  adikku,
Kekuatan  bisa  meleburkan ,
Hati  seorang  lelaki ,
Menjadi  izzah (mulia) ,
Yang  paling  gah,
Bahkan  lebih  gah  ,
Dari  egonya  seorang  lelaki,
Kerana  sendu  rayunya,
Musa A.S terselamat  ,
Daripada  kekejaman  Firaun.

Duhai  adikku,
Lembut  wanita  itu  bukan  lemah,
Tetapi  senjata,

Adik  berkata :
Namun  kakakku,
Wanita  itu  fitnah  dunia,







Kakak  berkata :
Pernahkah  adikku  dengar ?
Pesanan  Illahi  kepada  hambanya?
“Wahai  lelaki-lelaki  yang  beriman ,
Tundukkanlah  pandanganmu 
dan  tutupkanlah  auratmu ,”
Cuba  adik  nilai ,
Pada  siapa  terlebih  dahulu 
Allah  dahulukan  pesanannya ?
Pada  hamba  yang  bergelar  Ar-Rijal (kaum  lelaki) ,
Kerana  andai  si  lelaki ,
Menjaga  pandangannya ,
Maka  tidak  mungkin  akan  terlihat ,
Akan  wanita  yang  menjadi  fitnah  pada  dirinya ,
Dan  tidaklah  Allah  lupakan, 
Pesanan  buat  wanita ,
Agar  memelihara  auratnya ,
Kerana  di  situlah  kehormatannya ,
Bukan  fitnah  semata-mata ,
Jikalau  Ar-Rijal  dan  An-Nisa’,
Sama-sama  mematuhi ,
Pesanan  Illahi  itu !
Sesungguhnya  wanita  yang  beriman  dan  solehah  itu ,
Lebih  baik  daripada  ribuan  lelaki  soleh .

Adik  bertanya :
Tapi  kakakku ,
Kenapa  wanita  itu ,
 Menjadi peragaan.
Wahai  adikku  sayang ,
Al-Haya’(sifat  malu)
Ada  dalam  diri  setiap  insan ,
Wujud  seiring  dengan  nafas  insani ,
Dan  Al-Haya’  itulah  pakaian  iman,
Pada  diri  wanita  itu  indah  Al-Haya’,
Sebagai  pembenteng  diri ,
Namun ,
Bila  mana  Al- Haya;  itu  lebur ,
Imannya  runtuh ,
Kenapa  mereka  merelakan  diri  ,
Menjadi  peragaan?
Kerana  mereka  sebenarnya  paranoid ,
Merasakan  diri  tidak  cukup  menarik ,
Mereka  sebenarnya  ,
Yang  kalah  dari  segi  psikologi.



Namun  adikku ,
Wanita   solehah   itu  ,
Pasti   melindungi  diri  mereka ,
Daripada   perbuatan   murahan   itu ,

Wahai  adikku ,
1001  keindahan  penciptaan  wanita  ,
Pandai-pandailah  dikau  menilai ,
Antara  permata  dan  debu-debu  pasir .

Wahai  adikku ,
Janganlah  adik  gusar ,
Tatkala  tiada  lelaki  ,
yang  hadir  memetikmu ,
Dan  jangan  engkau  sekali-kali ,
Merendahkan  diri….
Menggugurkan  diri…
Menyembah  tanah ,
Sedangkan  engkau  sebenarnya ,
Telah  Allah  jadikan  ,
Begitu  tinggi  martabatmu .



Harap korang semua memahami maksud artikel di atas..

Artikel ni bukan daripada saya.
Daripada sumber lain... ;)



Photobucket