بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)
(In the Name of ALLAH most Gracious and Most Merciful)
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :)
Memandangkan hari Maulidur Rasul semakin dekat, saya nak tulis entri kisah Nabi Muhammad SAW junjungan mulia bersama para sahabatnya. Kisah ni buat hati saya tersentuh.. huhu.. tapi sebelum tu.....
Dah
lama tak update blog, yelah. Mana taknya. Sambung belajar 6 haribulan 1 hari
tu, terus
busy:
kena tinggal kat hostel, kena hadiri minggu orientasi. Memang penatlah. Tapi
ALHAMDULILLAH. Semua berjalan lancar dan seronok. Dapat rakan sebilik yang
sporting dan suka buat lawak, dapat kenal kawan-kawan baru. Oh ya! Terlupa
pulak nak bagitahu kat mana saya sambung belajar:
Universiti Kuala
Lumpur Business School :)
Sebelum ni saya tak kenal UniKL ni, tapi saya dah dengar cerita kurang sedap didengar pasal UniKL ni. Ish. Betul ke apa dakwaan diorang tu? Tiba-tiba rasa macam tak seronok pulak. Hmmm.. Tak payah la saya ulas panjang lebar. Lagipun tak pasti lagi betul ke tak. Mungkin itu fitnahan semata-mata. Allahualam.. huhu..
Ok, sambung cerita pasal Nabi Muhammad... Jom teruskan membaca... :)
Bicara Imam Muda Asyraf - Insaf Tidak Semestinya Skema
Mukadimah: Artikel ni saya copy (snap and
rewrite) dari majalah dara.com keluaran Februari 2012. saya snap je gambar
ruangan ni, lepas tu masukkan gambar tu dalam laptop. Saya baca dan taip semula
masuk ke Microsoft word dan masukkan ke ruangan blog ni.
Ok, beginilah kisahnya, disampaikan oleh Imam
Muda Asyraf...
“Hai, Izati! Sambil-sambil kita baca buku ni,
kau nak dengar satu cerita lucu dak?”. Pujuk Safiyya kepada Izati, rakan
sekelasnya.
“Waalaikumsalam. Wahai sahabatku Safiyya, mulai
hari ini usah dikau mengajak aku untuk berada di dalam kealpaan. Aku tidak mahu
bergurau senda lagi. Aku sudah insaf. Sesungguhnya biarlah jiwaku khusyuk
setiap saat tanpa terhibur!”. Ujar Izati dengan secara tiba-tiba berubah
perwatakan menjadi alim.
“Aik.. ni kenapa tiba-tiba jadi ‘skema’ semacam
je. Kalau nak insaf pun takkan sampai nak bergurau sikit pun tak boleh?”.
Safiyya merasa pelik.
“Aku tidak mahu sedetik pun hatiku ini menjadi
gelap. Biarlah aku bersendirian seketika”. Izati menjawab dengan penuh etika
dan disiplin tatabahasa Melayu.
Dahsyat!!! Saya (Imam Muda Asyraf) cuba meneliti
dialog ini. Benarkah untuk menjadi baik, soleh dan semakin insaf, maka kita
juga perlu menjadi sebegini rupa?
Tidak! Menjadi baik tidak semestinya perlu
menjadi skema. Tidak juga perlu menjadi lurus bendul. Adakah Nabi Muhammad SAW
dan para sahabat generasi terbaik itu menjadi skema sepanjang masa? Tidak, Nabi
Muhammad SAW sendiri ada kalanya bergurau senda. Ada kisah di mana Nabi
Muhammad SAW dengan para sahabat.
Suatu hari ketika mana Nabi Muhammad SAW bersama
para sahabat berkunjung ke sebuah rumah. Nabi Muhammad SAW dan para sahabat
mendapat undangan untuk menjamu selera di rumah tersebut. Tuan rumah mula
menjamu hidangan beberapa biji kurma dengan diberikan alas atau pinggan
masing-masing. Apabila mereka selesai memakan kurma tersebut, biji kurma akan
diletakkan di dalam pinggan masing-masing.
Sayidina Ali r.a seorang sahabat dan juga
menantu Nabi Muhammad SAW turut ada bersama. Kemesraan mereka sememangnya sudah
diketahui umum. Ali r.a berniat untuk bergurau dengan Nabi Muhammad SAW. Dengan
sengaja dia meletakkan setiap biji kurma yang beliau makan ke dalam pinggan
Nabi Muhammad SAW. Sehingga penuh pinggan Nabi Muhammad SAW.
Ketika sedang berbual mesra, Ali r.a mula
meninggikan suara dan bergurau.
“Kalian semua, saksikan betapa Nabi Muhammad SAW
ini begitu kuat makan. Lihat sahaja ke dalam pinggan baginda. Betapa banyaknya
biji kurma yang sudah dimakan oleh Nabi Muhammad SAW!”.
Semua sahabat tertawa kecil dengan gurauan Ali
r.a. sedangkan mereka memang mengetahui, biji kurma yang memenuhi pinggan Nabi
Muhammad SAW adalah milik Ali r.a sendiri. Dalam senda gurau para sahabat itu,
Nabi Muhammad SAW pun menjawab kata Ali r.a tersebut.
“Aku makan kurma sebanyak ini tidak mengapa
lagi. Cuba tengok Ali r.a, lagi dahsyat. Tiada satu pun biji kurma yang
ditinggalkan. Ali r.a makan kurma dengan biji-bijinya sekali!”.
Semua para sahabat ketawa dan terhibur dengan
gurauan Nabi Muhammad SAW. Ia telah menceriakan suasana majlis jamuan petang
tersebut.
Cuba kita renung sejenak perjalanan hidup Nabi
Muhammad SAW. Baginda seorang yang paling banyak menitiskan air mata di hadapan
Allah. Baginda juga insan paling tegas dan berprinsip pada urusan agama.
Baginda juga insan yang paling mulia tutur lisannya. Namun begitu, Nabi
Muhammad SAW tidak pula membiarkan sepanjang hidupnya dalam kemurungan.
Adakalanya baginda juga bergurau senda dengan para sahabatnya.
Kesimpulannya berubah menjadi baik bukanlah
bermaksud berubah menjadi skema. Terkadang ramai yang takut untuk berubah
kerana katanya ia terpaksa meninggalkan dunia ‘COOL’ dalam dirinya. Sedangkan
menjadi baik itulah yang ‘COOL’. Bukan sebaliknya.
Renungkanlah semula maksud
baik dan soleh itu adalah dengan menguatkan iltizam untuk mematuhi arahan dari
RabbNya. Bukan dari cool menjadi skema. Ceriakan hidup anda. Kerana agama bukan
sesuatu yang mengongkong kita.
Ok. Sekarang pendapat saya pula,
Hidup kita tak boleh selama-lamanya murung je
bila dah berubah jadi baik. Saya pernah terfikir untuk bermurung je selepas
berubah. Ternyata fikiran saya meleset sama sekali. Tidak semestinya menjadi
skema kalau dah berubah. Saya suka gelak sampai kadang-kadang tak terkawal.
Astaghfirullah al-azim. Hmm.. nak gelak boleh, tapi kena lah ada adab. Jangan
sampai tak ingat dunia. Apapun, nasihat ni pun untuk diri saya sendiri dan saya
dengan suka citanya ingin berkongsi dengan orang lain kerana kisah Nabi Muhammad SAW ini sangat berinspirasi.
Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:
“Janganlah kamu memperbanyakkan ketawa, kerana
sesungguhnya ketawa berlebihan boleh mematikan hati.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Sekian saja dari saya. Wassalam.
SALAM MAULIDUR RASUL. SOLLU 'ALAN NABI (BERSELAWATLAH KE ATAS NABI SAW) :)